Artis / Selebriti
” Rhea pun serba salah sebenarnya. Nak jujur bapak sendiri, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi anak Ubai, Rhea Akira ketika Ubai menyanyi di depannya buat ramai terhibur. Alamak Ubai, Rhea pun tak keruan dengar Ubai menyanyi. Terlebih syahdu ni suara Papa, haha..
Ubai dan Shila Amzah telah pun dikurniakan dengan seorang cahayamata perempuan yang dinamakan sebagai Rhea Akira. Setiap kali Ubai berkongsikan video tentang Rhea, pastinya ia akan mendapat perhatian daripada warganet kerana kecomelan Rhea itu.
Meninjau entry terbaru Ubai di akaun Tiktok miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ubai menyanyikan beberapa buah lagu untuk Rhea. Tulis Ubai di ruangan kapsyennya berbunyi ‘ satu-satunya peminat yang jujur dan hargai suara saya’.
Ubai memang suka menyanyi tetapi sayangnya suara Ubai tidak seindah suara Shila Amzah. Shila sendiri pun selalu tergelak ketika mendengar Ubai menyanyi. Jika Shila ketawa dengan vokal Ubai, berbeza pula dengan anak perempuan mereka ini.

Sebaris Ubai menyanyi, pelbagai reaksi yang Rhea tunjukkan. Sekejap menjerit, ada masanya tertawa. Reaksi Rhea menghiburkan semua yang menonton video ini. Turut tertulis pada video ini budak-budak tak pandai menipu dan Ubai turut mengatakan ternyata suaranya syahdu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ubaimz Satu2nya peminat yang jujur dan hargai suara saya. #fyp #titkokmalaysia
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak ambik hati kang sape pulak nk basuh berak aku ni haha. Syair ke sajak ni ubai.. dahlia ubai dah boleh buat team vocal backstage haha.. “
” Oh ni rupanya target market kau Ubai ye haha. Rhea pun serba salah sebenarnya.. nak jujur bapak sendiri.. bila tengok mata dia, ternyata dia tengah minta bantuan tu.. “
” Cute comelnya.. Rhea Akira pun tergelak dengar papa nyanyi. terlebih syahdu ni. Rhea jaga hati papa je, kang tak dapat duit raya pulak haha.. “
” Dia jerit bukan suka tapi sebenarnya dia cakap diam haha.. Takpe lah ubai, teruskan usaha anda.. “
” Masa part cinta tu, dia dah redho dah dengan bapak dia. haha pandai Rhea jaga hati papa.. Ubai memang seorang penyanyi, ni lah peminat ciliknya haha.. “
” Budak kecik mmg ni diorg mudah nmpk n dgr benda yg kita xnmpk .. jdidiorg da terbiasa.. baby mcm terkesima… nk jujur ke tak nak nih? hahaha.. “
” Dia pandang penuh mendalam ye.. Alah comelnya Rhea.. bulat mata tu tengok papa nyanyi.. sebenornye dia confius… apa le yg ayah aku bebelkan ni..”
Lawak lah Ubai ni, tentu Rhea pun confuse papa menyanyi atau bersajak. Pandai Rhea menjaga hati papa, ini baru lah peminat setia papa. Reaksi muka Rhea yang comel itu membuatkan warganet geram. Apa-apa pun, semoga Rhea bertabah selalu mendengar nyanyian papa yang syahdu itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ubai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain

