Artis / Selebriti
” Rasa sebak pula fans yang nyanyi part Achik. Terngiang-ngiang dekat telinga suara arwah.. ” – Netizen

Video Siti Nordiana Menyanyikan Lagu Mainan Cinta Di Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun Buat Warganet Tersentuh. Masa Penonton Menyanyi Ramai-Ramai Part Arwah Achik Spin Tu Sebak Sangat !!
Setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia hiburan, Siti Nordiana akhirnya membuat konsert sulungnya dan ianya telah pun berlangsung Sabtu baru-baru ini. Tidak melupakan teman seperjuangan yang pernah melalui susah senang bersama, Siti Nordiana turut menyelitkan lagu duetnya bersama Achik Spin.
Salah satu lagunya Memori Berkasih menggunakan audio dan video Achik dipaparkan pada skrin. Ianya mengundang sebak warganet dan ramai yang terharu ketika Siti Nordiana berduet secara maya itu. Tidak itu sahaja, Siti Nordiana turut membawakan lagu Mainan Cinta yang juga antara lagu duet mereka.
Meninjau akaun Tiktok Thekeknis dan Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Siti Nordiana menyanyikan lagu tersebut. Siti Nordiana meminta semua penonton berdiri dan menyanyi bersama-samanya. Sporting sahaja semua dan menurut permintaan Siti Nordiana.
Kali ini penonton yang hadir bertindak sebagai ‘ Achik ‘ dan berduet bersama Siti Nordiana. Gembira dan sebak, perasaan yang bercampur baur dirasai oleh warganet setelah menonton video ini. Usaha penonton untuk menjayakan konsert ini mendapat pujian.
Jom tonton video di bawah :
@thekeknis Joget manis manis sopan pun comelllll ekkkk mader 😍 #MainanCinta #konsertmemoriberkasihsitinordiana25tahun #memoriberkasihsitinordiana25tahun #11May2024
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nana tak perlu nk jemput artis mana2 untk ganti arwah duet ngn dia.. ckup fans je yg nyanyi part achik.. sebakk rasa… andaii arwah msih ada.. mngkin ini konsert mereka.. ”
” Tak perlu ganti… macam ni pun dah best sangat sangat.. Cara Nana menghargai peminatnya.. Membesar dgn lagu acik n nana, Al Fatihah arwah acik.. ”
” Mesti lepas habis ni… nana nangis dekat belakang… sambil cakap “achik, nana dah buat yang terbaik.. “
” Kenapa rasa sebak ni.. but love sagt nana.. 1 of singer yg aku minat dr dia remaja dulu smp skrg.. sore ttp maintain x berubah.. klu ada arwah lg la… love sgt dorang ni.. ”
” Sedih bercampur happy tengok konsert Nana ni.. kita membesar dengan lagu-lagu achik dan nana.. pasangan duet paling ngam.. ”
” Nana nyanyi dengan peminat.. Part arwah achik mmg terngiang2 kt kepala suara arwah.. jika arwah maseh ada pasti kebabooom konsert nie.. Al fatihah.. ”
” Sebagai seorang yang membesar dengan lagu Nana & Achik, rasa sebak pula part arwah. sebak tgk semua fans suppportive sgt.. ”
Seronok dan gembira semua peminat Siti Nordiana apabila dapat berduet dengan kesayangan mereka ini. Selamanya arwah Achik tak akan pernah luput dalam ingatan, sahabat terbaik yang Siti Nordiana ada. Semoga Siti Nordiana terus maju jaya dan terus bersinar.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Thekeknis, Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Viral5 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dari tadi saya dengar suara dia, air mata ini meleleh je.. ” – Misha Omar
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen