Artis / Selebriti
” Rasa nak terkeluar gigi dok sengih dari tadi. Superbb paling class.. ” – Netizen

Perkongsian Video Lagu Hindustan Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Di Turki Buat Warganet Terhibur. Alahai Sweet Betul Ni. Dari Awal Sampai Akhir Semua Tersengih Tengok. Nampak Macam Real Je Menyanyi. Kalah Hritik Roshan Dengan Preity Zinta !!
Pasangan pelakon dan usahawan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel antara pasangan selebriti yang disukai oleh ramai warga maya. Cocok dan serasi bersama, Wawa Dan Aeril sering tampil dengan video miming lagu hindustan yang mereka rakam kebanyakannya di luar negara.
Meninjau akaun Instagram Wawa Zainal, telah dikongsikan satu lagi video hindustan terbaru mereka berdua. Penggambaran video ini dilakukan di sekitar negara Turki termasuk kawasan pelancongan yang selalu menjadi sebutan dan tempat kesukaan ramai pelancong.
Bab lakonan dan miming memang serahkan sahaja kepada Wawa dan Aeril. Kedua-duanya pelakon yang hebat dan mampu membuatkan mereka kelihatan real menyanyi, walhal cuma miming semata-mata. Sambil melayan sweet couple ini menari, dapat juga warganet jamu mata melihat pemandangan menarik sekitar Turki.
Sweet dan romantis, video kali ini tak jemu ditonton dan menghiburkan. Jika sebelum ini, ada juga masanya Aeril suka mengusik dan tidak serius tetapi kali ini memang Aeril menghayati watak. Bak komen netizen, versi video hindustan edisi menutup aurat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Wawa ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Penat laa sengih dari mula sampai habis.. So sweetttt this couple.. lagu Hindustan versi orang Malaysia di Turkey.. ”
” Sweet nye.. industan versi tutup aurat. Klu Lagu asal, alamak seksii haha. Semoga bhgian selalu wawa & aeril. Kalini takde g1le2 pulak belakon lakinye si wawa. serius.. ”
” Superb cantik sangat-sangat.. Rasa nak terkeluar gigi dok sengih dr td. Sweet sgt. Semoga Allah pelihara hubungan kalian berdua.. Aaminn.. ”
” Suka sangat tengok pasangan ini .. semoga Allah melindungi rumah tangga mereka kekal hingga ke Jannah bahagia dunia akhirat bersama anak-anak.. ”
” Superbbbb .. malas nak describe banyak tentang effort diorang nih.. so cute, so beautiful.. segala so la kalau wawa dengan aeril ni.. ”
” Pehhhh mmg paling classs. Lagi best yang ni daripada yang ori. wawa mmg betul² cantik.. layan betul video wawa dan aeril.. sweet sgt.. ”
” Aku yang tengok pun tersengih-sengih sendiri.. preity zinta Malaysia ni hehe. Kalau wawa buat video mmg paling best tgk. Kita sendiri pun tersengih2 dr awal sampai akhir.. ”
Pastinya ramai yang tersengih-sengih melihat Wawa dan Aeril ni. Tak pernah tak gempak kalau video hindustan versi Wawa dan Aeril ini. Semoga ikatan perkahwinan Wawa dan Aeril sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kebahagiaan yang berpanjang sehingga ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen