Connect with us

Artis / Selebriti

” Ramai komen negatif, nampak kak Ina dah lain, dah sombong.. ” – Ina Naim

Video Ina Naim menjawab tohmahan mengatakan dirinya sudah berubah selepas berkahwin baru. Ini penjelasan Ina untuk semua. Bertabah lah Ina..

Semenjak Ina kembali bergelar isteri, dirinya semakin mendapat perhatian warganet. Ina beruntung kerana suami barunya, Khairul Rizal sangat sporting dan menyokong usaha Ina berniaga menerusi platform Tiktok. Khairul selalu menemani Ina setiap kali Ina membuat live.

Meninjau entry di akaun Tiktok LadyWatie, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Ina menjawab tohmahan segelintir warganet mengenai sikapnya sekarang. Ramai yang mengatakan Ina sudah berubah menjadi seorang yang garang dan sombong.

Kata Ina, tidak ada apa yang berubah dan itu adalah dirinya. Ina cuma menjadi diri sendiri dan memahami tidak semua orang akan menyukainya. Orang suka dan tidak suka, itu adalah lumrah dan perlu dihadapi sampai bila-bila. Manusia ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang membuatkan orang tidak senang.

Ina juga ada dihubungi oleh salah seorang wartawan Metro mengenai hal ini. Ina wanita yang baik dan dia juga ada hati dan perasaan. Adakalanya komen-komen negatif boleh memberi impak kepada Ina. Ramai yang memberikan sokongan terhadap Ina dan meminta Ina mengabaikan sahaja semua komen yang tidak membina itu.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@nizarwatie

Replying to @sukriabdullah Insyaallah. Doakan yang baik2 ye sis. 🤲 #inanaim #inasuhaimi #fypage #tiktokviral #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokviral #tiktokmalaysia #fikirsebelumkomen

♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate

@nizarwatie

Replying to @user6630913791261 Boleh gitu? 😂 #inanaim #inasuhaimi #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokviral #tiktokmalaysia #fypage #fypシ゚ #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡

♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kesian ina ni. mrk suami isteri cari rezeki tapi serba x kena di mata netizen.yg suka berprasangka kata mrk sj nak tyg bahagia tu bw2 la muhasabah diri, apatah lg yg cemburu dan iri hati.. “

” Saya tetap sokong ina… mudah2an Allah limpahi rezki pada ina…yg komen negative bukan yg bg rezki pd ina… Allah maha berkuasa.. Allah lbh mengetahui segalanya.. “

” Dia dh jd diri dia.. tp org kt luar yg buat dia jd gitu dgn soalan2 yg mnyentuh sensiviti dia..baik kita berbaik sangka.. “

” Ina tak garang.. cuma tegas je.. lain hulu lain parang suami dulu lain suami skg pun lain jd cara dia pun lain-lain.. “

” Betul lah tu.. orang suke tak suke pon biasalah tu kan.. takde yang berubah pon.. Semangat Ina.. jgn peduli kecaman orang yg penting keluarga..cari rezeki.. Allah ada.. biar lah orang nk kata apa.. “

” Ina sekarang ni semakin matang. dapat suami yg sporting. Saya tetap suka Ina.. sama je Ina dulu dan sekarang.. “

” Keburukan media sosial ialah bila ada komen2 negatif. Tapi kita kena terima hakikat ada yg suka ada yg tak.. Ina cuma jadi diri dia sendiri.. “

Susah untuk memuaskan hati semua orang, namun Ina menegaskan dia masih seperti dahulu dan tidak ada apa yang berubah. Lumrah apabila menjadi selebriti, segalanya akan menjadi perhatian dan pertikaian. Semoga Ina terus kuat untuk mencari rezeki dan istiqamah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok LadyWatie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT