Artis / Selebriti
” Pergh kalah katil kita ni. Kita pun tak pakai tilam Getha. Kucing kayangan ni.. ” – Komen Netizen
Video Chef Wan menyediakan tempat tidur baru untuk kucing-kucingnya raih pujian ramai. Fuh special betul jadi kucing Chef Wan. Comel je dah macam hostel, bersusun elok katil. Terbaik lah tuan kucing macam ni, satu dalam sejuta..
Siapa tidak kenal dengan pemilik nama Chef Wan. Dalam keriuhan mulutnya, Chef Wan seorang yang penyayang orangnya. Bukan hanya anak-anak dan cucu-cucu tetapi haiwan peliharaannya juga dilayan dengan cukup baik. Chef Wan sangat menyukai kucing dan mempunyai banyak kucing di rumahnya.
Meninjau entry di akaun Instagram Chef Wan , telah dikongsikan satu video yang memaparkan katil kucing-kucingnya, Cinammon, Datin Kiah, Cardamon, Cloves, Tamarind dan Tumeric. Chef Wan menempah khas katil dan tilam untuk semua kucing kesayangannya ini.
Jika selalunya orang cuma menyediakan rumah kucing, Chef Wan sediakan lebih daripada itu untuk kucing peliharaannya. Bukan biasa-biasa jenama tilam yang Chef Wan tempah dan semuanya daripada jenama Getha. Seronok warganet melihat kegembiraan Chef Wan apabila semua katil-katil tersedia.

Setiap tilam telah dicetak dengan nama setiap kucing yang ada. Elok tersusun seperti hostel sahaja susun atur katil-katil kucing-kucing Chef Wan itu. Ramai yang teruja melihat kemewahan menjadi kucing Chef Wan. Tentu lena kucing tidur dengan tilam empuk itu. Tidak hanya katil dan tilam, lengkap dengan bedsheet juga.
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pergh sorang satu dapat katil hahahahah weh comelnyaaaa.. Bertuah nya kucing2 chef wan. kita pun tak pakai tilam getha . makin nyenyak la tido si cinnamon and the gang.eeee gewamm.. “
” Comelnya katil kucing.. Fuh kalah katil kita ni.. Bertuahnya anak2 bulus ni… kucing kayangan ni. MasyaAllah how penyayangnya chef Wan.They are all very2 lucky.. “
” Masyaa Allah siap ada nama lagi… Alhamdulillah Dato membahagiakan mereka… Comelnya macam hostel.. bertuahnya deme.. “
” Each hv their own bed.. empuk lgi tilam.. hopefully they will get used to sleep on theirs.. otherwise bwh ketiak Atok lgi best.. bertuah sungguh anak2 bulus ni.. “
” Hoii getha tuuuu.. overr tauuu.. bertuahnya depa.. siap ada nama lagi.. So cute… cinnamon checking on the beds… macam meow hostel la pulak… haha .. “
” Luckiest Cats in the world.. Aduhai cantik sgt katil n nama sekali. Ini lah nama nya rezeki mereka… insyallah dia org akan doakan Dato melebihi langit.. “
” Hi chef wan saya boleh jadi kucing meow hehe.. So cuteeee! Lucky Cinnamon and the gang. Love them. Murah rezeki selalu ya chef.. “
Layanan Chef Wan kepada kucing-kucingnya cukup mewah dan istimewa. Ramai pula yang mengusik hendak menjadi kucing Chef Wan. Apa-apa pun, pastinya ia satu kepuasan untuk Chef Wan kerana dapat memberikan ‘cucu-cucu’ nya ini tempat tidur yang selesa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Chef Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

