Artis / Selebriti
” Puji Maryam tapi pandang Rina, terbahak aku dengan ayat Maryam ni.. ” – Komen Netizen
Video Maryam You Narae bercerita kejadian mencuit hati ketika bertemu dengan peminat buat ramai terhibur. Alamak ramai rupanya yang tertukar. Lawak betul cara Maryam explain siapa Maryam dan siapa Rina. Dah macam gaya makcik-makcik je, haha..
Siapa yang tidak kenal dengan Maryam You Narae, pempengaruh media sosial dan youtuber yang berasal dari Korea ini. Setelah menetap di Malaysia, nama Maryam semakin popular dan semakin menjadi kesukaan ramai. Selain Maryam, anaknya Nik You Rina juga sering meraih perhatian wargamaya.
Meninjau entry di akaun Instagram Maryam You Narae, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maryam meluahkan sedikit ketidakpuasan hatinya terhadap sesetengah peminat. Kata Maryam, jika 10 orang yang ditemuinya, 8 dari orang itu pasti tertukar antara Maryam dan Rina.
Apabila berjumpa, ramai yang memuji Rina pandai makan dan pandai membaca doa tetapi masalahnya mereka memuji menyebut nama Maryam tetapi pada yang sama sedang melihat kepada Rina. Untuk memberi gambaran yang jelas kepada semua, Maryam memperkenalkan dirinya dan ianya mengundang tawa warganet.
Maryam itu ibu Rina dan Rina itu adalah anak kepada Maryam, itu antara yang Maryam sebutkan menerusi video itu. Ayat Maryam sememangnya kelakar dan menggeletek hati warganet. Panjang lebar penerangan Maryam dengan harapan semua boleh mengingati siapa Maryam dan siapa Rina.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Adoii rasanya maryam pernah cakap benda sama sebelum ni, ada yang still taktau nama rina tu rina haha.. “
” Hahahahaha cutelah.. puji maryam tapi pandang rina haha.. lah confuse siapa maryam siapa rina.. “
” Kalau sebut maryam comel nyaaa ingat tau kene tengok muka dia jgn tgk rina haha.. memang la comel jugak, terbahak aku dengan maryam ni.. “
” Haha lucu dan comel lah Rina ni.. ibu Rina memang comel sangat.. maryam semakin fasih berbahasa.. seronok dengar Maryam mengomel.. “
” Thank you for the explanation Rina. Eh salah Maryammm haha.. sakit perut ketawa.. Terima je la kecomelan Maryam yer.. “
” Lucu lah maryam.. Dia punya gelak, dia punya gaya dh macam makcik² melayu dah haha.. masalahnya dua dua comel haha.. “
” Haha ok ni kelakar… tunggu nanti i cubit pipi you.. Dah macam geng melayu kite dh dia cakap melayu. Comelnyeee maryam.. “
Semakin fasih Maryam bercakap dalam bahasa Melayu sekarang, pujian harus diberikan kepada Maryam. Apa-apa pun, semoga selepas ini tidak akan ada lagi yang tertukar antara Maryam dan Rina apabila bertemu dengan anak dan ibu ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryam You Narae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ni baru penyanyi, jadi bertambah sedap lagu ni bila Amira nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen