Artis / Selebriti
” Pretty lah dia, muka Bunga pun nampak macam chinese.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Jinggo mengenai telatah cucunya, Bunga Elhaq menyambut sambutan Tahun Baru Cina menarik perhatian ramai. Alahai cantiknya Bunga, part menari tu comel sangat..
Umum mengetahui bahawa pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly telah dikurniakan dua orang cucu. Cucu sulungnya, Bunga Elhaq sering menjadi perhatian ramai kerana kecomelan wajah serta telatah spontannya yang mencuit hati. Setiap kali muncul dalam perkongsian keluarga, pasti ada sahaja aksi Bunga yang menghiburkan.
Terbaru, menerusi akaun Instagram milik suami Sheila iaitu Jinggo yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Sidang, telah dimuat naik satu video memaparkan Bunga. Perkongsian tersebut segera menarik perhatian warganet yang sememangnya gemar melihat perkembangan si kecil itu.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Bunga anggun mengenakan busana berwarna merah yang cukup menyerlah. Difahamkan, pakaian tersebut digayakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di sekolahnya. Penampilannya yang ceria dan berseri-seri membuatkan ramai tidak jemu melihatnya.

Lebih mencuit hati, Bunga turut dilihat menari mengikut rentak muzik Tahun Baharu Cina dengan penuh semangat. Gayanya yang bersahaja namun yakin benar-benar mencuri tumpuan dan membuatkan ramai terhibur melihat keletahnya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Pretty lah dia. Muka Bunga pun nampak macam chinese.. Muka Bunga ni, manis sangat, orang cakap pandang tak jemu.. “
” Cantikk sangat laaa Bunga niii.. Luv you so much, moga jadi anak yang baik, penyejuk hati ibu bapanya.. “
” Tomei betul lah cucu Tok Sidang dan Sis Sheila Rusly ni.. MasyaAllah kita yang tengok pun jadi sejuk hati.. “
” Amboi comeinya amoi ni.. Betul2 Junior Sheila Rusly.. Muka copy paste nana dia betul lah, hehehee cantik.. “
” Cantiknya Bunga.. Baju pun cantikkkkk.. So sweet so cute so pretty Amoi Bunga.. Kalau orang cakap anak cina pun percaya ni, hehe.. “
” You are so cute Moi Moi Bunga.. Ini budak dari lahir lagi dah comel, ini besar pun makin comel sangat lah.. Cantikkk.. “
” Bunga ni tahu tak nana dye pelakon dadanye pengarah makngah n pkngah Nye pelakon popular belum lg mak Nye pelakon cntik… Aiyok Bunga kecil2 awk dah cantik..”
Selain itu, warganet turut memuji kecomelan Bunga dan ada yang berpendapat wajahnya kelihatan seperti anak orang Cina apabila mengenakan busana tersebut. Tidak kurang juga yang mengatakan kecantikannya itu diwarisi daripada nananya sendiri, Sheila Rusly.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jinggo_jspictures, bungaelhaq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku yang tersembur dengar Que panggil Kepom macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais punya suara unik. Ingat muka je macam arwah ibu dia, bakat dia pun Masyaa Allah.. ” – Komen Netizen

