Artis / Selebriti
” Power rupanya qariah wakil Sendayan.. “

Live Quran Bersama Fakhrul UNIC , Suara Siti Nordiana Jadi Tumpuan. Seronok Dengar Alunan Suara Nana Mengaji. Sedap Sangat !!
Siti Nordiana atau Nana satu nama besar di arena seni hiburan. Memiliki ramai pengikut setianya sendiri membuatkan Nana mampu bertahan lama sekalipun sudah hampir 21 tahun berkecimpung di arena ini. Nana yang mempunyai suara lantang dan tinggi ini seorang yang selalu merendah diri dan tidak pernah sekali sombong.
Ini membuatkan Nana amat disenangi tidak hanya peminat malahan juga pihak media. Mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinannya bersama arw4h Mohd Faizal Yusop, anak ini dinamakan Muhammad Rayyan Nakhaie. Satu sifat Nana yang sering dipuji ramai adalah dia tidak pernah memilih untuk berkawan dengan sesiapapun.
Dan layanannya sesama artis baik muda atau tua penuh dengan rasa hormat. Dikaitkan hubungan cinta dengan penyanyi yang semakin meningkat naik, Khai Bahar, Nana hanya tersenyum dengan gos1p ini. Sering mengatakan bahawa menganggap Khai hanya sebagai adik, peminat nyata tidak pernah berputus asa mendoakan jodoh mereka ada.
Menerusi akaun Instagram, Fakhrul UNIC telah berkongsikan satu video live beliau bersama penyanyi Siti Nordiana. Pelawaan Fakhrul untuk mengaji bersama di live Instagram disambut baik oleh Nana dan hasilnya memang dipuji Fakhrul sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Di laman Instagram Siti Nordiana juga turut sama dikongsikan video live mereka mengaji bersama untuk tontonan dan ilmu kepada semua peminat-peminatnya. Suara Nana yang sememangnya merdu ketika menyanyi nyata amat memuk4u bila mengalunkan ayat suci ini.
Rata-rata netizen memuji suara Nana mengaji ini yang sangat merdu. Antara komen-komen netizen :
” Hati-hati qariah negeri Sembilan tahun depan.. Juri-juri peminat dia.. “
” Best la malam tadi tengok ustaz dan nana sampai habis… Dapat ilmu yang bermanfaat …. Alhamdulillah.. “
” Siti nordiana wow merdunyee.. “
” Paduuuuuuuuu nana.. “
” Perfect! Tahniah siti nordiana.. “
” Mader wajib menang artis versatil meletop ni…. Nyanyi sedap, mengaji pun sedap.. “
” Sedap dengar kak nana mengaji semalam.. “
Sejuk telinga dengar Nana dan Fakhrul mengaji semalam. Alunan dan lenggok lagu yang dibawakan itu buat kita pun turut sama ikut mengaji. Program yang bagus oleh Fakhrul ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga program seperti ini boleh disertai oleh ramai lagi artis lain sebagai medan ilmu. Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Nordiana, IG Fakhrul Unic by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen