Artis / Selebriti
” Please allow me untuk lalu Instagram mama.. ” – Rhea Akira

Gambar Terbaru Anak Shila Amzah Dan Ubai, Rhea Akira Yang Kini Sudah Berusia 3 Bulan Raih Perhatian Ramai. Alahai Bambamnya Rhea, Comel Sungguh !!
Meninjau ke akaun Instagram Shila Amzah, perkongsian sekeping gambar terbaru anak keduanya iaitu Rhea Akira yang kini sudah berusia 3 bulan telah meraih perhatian ramai. Sesekali Rhea juga ingin muncul di akaun Instagram ibunya walaupun Rhea mempunyai akaun media sosialnya sendiri.
Menurut Shila, Rhea tidak gemar untuk membuat tummy time dan hanya akan melakukannya dalam beberapa saat sahaja. Shila memohon tips daripada pengikut akaun Instagramnya agar Rhea rajin membuat tummy time atau sering meniarap.
Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen menerusi ruangan komen. Ada yang mencadangkan agar Shila membelikan mainan pada Rhea sebagai satu daya tarikan buat Rhea. Ada juga mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti meminta Shila untuk menyanyi.
Perkongsian gambar ini telah menerima lebih 6 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Rhea merupakan anak Shila bersama suaminya, Ubai yang merupakan perkahwinan kali kedua buat Shila. Shila mempunyai seorang anak lelaki menerusi perkahwinan pertama.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat wajah comel Rhea. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Lalu laaaaaa.. dipersilakann dgn segala hormatnya awakkk.. bagi pakai rantai tgn mesti lg comei ni tgn katam2.. Gerrraammm..bam bam niii.. “
” Tummy time atas badan sendiri. nnti lelama dia ok.. ala omeynya Rhea ada iras abang Seth masa kecik² dulu pulak tu, terus sihat & gembira ya Rhea .. “
” Sha, kat shopee ke tt ada jual tilam pelampung air. Nanti dia tummy time kat situ nampak lah fish tu bawah dia. Mungkin seronok sikit tummy time begitu.. “
” Awak lalu Instagram Mama hari2 pun boleh laa sayang .. Letak mainan depan dia kot, cuba try. Bagi main ais skali letak dlm tray or orange.. “
” Mungkin mama kna buat concert depan dia hehe. Ya Allah cute sangat Rhea aunty ni…semuga Rhea terus membesar dengan sehat, pintar dan menjadi permata hati Mama, Papa dan Abang Seth.. “
” Hamboi comel nya geram aunty tengok pipi tu gebu lah .. sama anak sy xsuka tummy time kena bg dia leka..letak toys yg boleh bergerak..bg main ais, beras etc for sensory.. “
” Comei nya, Rhea Akira. Kalau boleh, nk picit2 pipi. Moga Rhea membesar mnjd anak yg Solehah, brjaya di dunia dan di akhirat. Jgn lupa utk brjasa pd Mama dan Papa. Moga kekal bahgia brsama2 Mama, Papa, dan Abg Seth hgga ke Jannah. Aamiin. Ya Rabbal Alaamiin.. “
Semakin Rhea membesar semakin nampak seiras wajah Rhea dengan bapanya. Bak kata orang tua-tua, sejuk rumahtangga apabila anak perempuan mewarisi wajah si bapa. Semoga Rhea Akira membesar dengan sihat, menjadi seorang yang bijak dan solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen