Artis / Selebriti
” Persembahan terakhir Amir buat orang Indonesia meriding.. ” – Mass Iky

Video Reaksi Orang Indonesia Menonton Nyanyian Adik Amir Di Pentas Final The Chosen One Raih Perhatian Ramai. Part Adik Amir Nyanyi Tarik Suara Tu Sampai Berdiri Bulu Roma Dibuat Mass Iky Tu. Wah, Sampai Ke Indonesia Adik Amir Dikenali !!
Meninjau ke dua buah akaun TikTok, perkongsian video yang memaparkan dua orang warganegara Indonesia mendengar lagu nyanyian adik Amir ketika di pentas final The Chosen One telah meraih perhatian ramai. Nampaknya adik Amir terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah di negara jiran juga.
Menurut warga Indonesia yang mendengar nyanyian adik Amir ini, mereka juga turut tersentuh dan meremang apabila mendengar nyanyian adik Amir. Tambahan pula lagu yang dinyanyikan oleh adik Amir itu merupakan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia.
Menerusi akaun Tiktok Mass Iky, beliau siap menunjukkan bulu romanya yang meremang apabila adik Amir menyanyi dengan suara tinggi. Wah, bukan biasa-biasa aura adik Amir ini. Suara adik Amir mampu memukau siapa sahaja yang mendengarnya.
Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kemunculan adik Amir dalam industri hiburan memberikan satu fenomena yang luar biasa kerana bakatnya juga yang luar biasa.
Jom tonton video di bawah ;
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@massiki67 Jangan lupa toton full nya ye #fyp #fypmalaysia #beranda #masukberandamalaysia #tiktokmalaysia #amir
@167dragon #bismillahassalamualaikum #allahumasollialaasaydinaamuhamadan #videoreaction #reaction🇮🇩to 🇲🇾#sampaiujungseluruhindonesia #kanakkanak #bersuaraemas #bocahviral #amirdarimalaysia🇲🇾#mantapsuaranya
Di ruangan komen, ramai yang memuji kehebatan suara adik Amir. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Suara Amir sedap didengar… Tinggi nyaring.. Degusan nafas langsung tiada… Terbaik Amir n Putera.. suara dia tu merinding bila dgrnyaa.. “
” Tahniah amir.sisiunukoffi sampai indon peminat amir.. Bila suara nya dah pecah nanti takde lah tinggi sgt lagi.. “
” Moga unuk amir dpt rezeki di beri peluang utk lebarkan sayap ke indonesia.inn shaa Allah.. Dengar suara adik amir memang auranya padu.bleh belinang air mata.. “
” Meme terbaik amir dpt mengalahkan yg lain dgn latarblkg muzik yg hebat. semua di kalahkan org asli cilik yg berbakat.. “
” Bila tgk adk Amir menyanyi auto air mata nk jatuh tk tau kenapa…aura adk Amir terlalu kuat dan bersahaja.. “
” Mmg cering bulu roma dgr amir nyanyi lgu nie mlm final ri2.. tk tau la aura die mmg kuat…. Tk pnh jemu dgr suara die… “
” Lahirnya sebutir mutiara. Semoga twrus cemerlang dan menjadi anak yg soleh. Suaranya anugerah Allah.. “
Tidak mustahil suatu hari nanti adik Amir dapat membina nama ke peringkat antarabangsa pula. Nampaknya Amir pun semakin dikenali ramai di negara jiran kita. Semoga adik Amir terus melakar kejayaan bukan sahaja dalam bidang nyanyian malah pelajaran juga. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mass Iky, 167Dragon
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen