Artis / Selebriti
” Pergh suara dia, 6 ke 7 kali ulang dengar pun berdiri bulu roma.. ” – Komen Netizen

Video Peserta The Chosen One 2024, Kiki Fateeha Menyanyi Lagu Masing-Masing Raih Pujian Ramai. Fuh Meremang Dengar Suara Serak-Serak Basah Kiki Ni. Sampai Semua Juri Bagi Standing Ovation, Power Lah Suara Kiki !!
Konsert Kelima The Chosen One 2024 telah pun bersiaran semalam. Semua peserta dan coach memberikan persembahan yang hebat dan saingan cukup sengit untuk minggu ini. Salah seorang yang mencuri perhatian warganet adalah persembahan daripada anak didik Aepul Roza yang bernama Kiki Fateeha.
Meninjau entry di akaun Tiktok Astro Ceria, telah dikongsikan Kiki menyanyikan lagu dendangan asal Ernie Zakri berjudul Masing-Masing. Kiki yang berasal dari negeri di bawah bayu ini memiliki auranya yang tersendiri. Suara-suara serak basah dan lunak merdu membuatkan nyanyian Kiki sedap didengar.
Lenggok suara Kiki begitu gemersik dan cukup rencahnya sehingga membuatkan bukan satu, tetapi semua juri-juri The Chosen One memberikan standing ovation untuk Kiki. Dato’ Awie sendiri kagum mendengar lenggok Kiki. Ajai pula memuji Kiki mengatakan Kiki ini mudah untuk diberikan tunjuk ajar.
Dengan persembahan Kiki yang begitu baik setiap minggu, tidak mustahil Kiki boleh menjadi juara untuk musim ini. Ditambah pula coachnya yang sering mempunyai ada idea menarik untuk menonjolkan lagi kehebatan persembahan anak didiknya itu. Gandingan Aepul dan Kiki memang mantap dan menggegarkan pentas The Chosen One.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kiki ni sora memang power.. lengguk memang cun.. bawa lagu-lagu lama pun sedap. Sabah kilang suara, terbaik lah kiki.. “
” Serak-serak suara dia.. lawaaa la kiki. boleh pergi jauhhh ni dia.. tone suara yg amat menarik dan bg saya adk kiki pasti akn mnjd juara dlm pertandingan ini.. “
” Aepul dan kiki duo paling gempak.. Pergh suara dia, 6 7 kali ulang dengar pun berdiri bulu roma.. “
” Kau sebut part “anggap” tu pun lemak merdu suda dik.. saya kalau sebut tu “anggap”, terus orang salah anggap sama saya.. dia ni nyanyi kah apa.. bule pegi jauh suara dia ni.. ada aura.. “
” Sedapnya suara Kiki ni.. mantap suara serak2 bsh…. bnyk kli jga lh sya ulang dgr….. terbaik mandak sabahan.. “
” Power kiki, ala-ala suara Stacy tu.. memang cair baa kalau dengar suara sebegini. Nyanyian tu sampai ke hati, tu dapat standing ovation dari juri.. “
” Kompom la ni di pinang si Ajai klau sudah senyuman juri tu sampai ke telinga.. bukan mudah ye nak dapat pujian daripada Ajai ni.. standing ovation lagi.. jgn la risau Menang kalah ttp jadi artis sdh tu.. “
Mantap nyanyian bersahaja Kiki itu, walaupun nampak santai tetapi nyanyiannya sampai ke hati. Kiki antara yang berjaya mencuri perhatian Ajai. Bukan mudah untuk mendapat pujian daripada komposer terkenal ini. Apa-apa pun, semoga Kiki terus konsisten, berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya bergelar juara.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok & IG Astro Ceria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar