Artis / Selebriti
” Pergh KRU, baru teaser dah rasa meremang. Awal-awal dah tangkap masuk kepala melodi tu.. ” – Komen Netizen

Edry Abd Halim kongsi teaser lagu terbaru kumpulan KRU buat ramai yang tak sabar. Wah baru dengar teaser macam ni pun dah sedap. Bak kata Edry bakal jadi hits song..
Nama KRU cukup gah di persada seni tanahair. Kumpulan rap yang dianggotai oleh Norman, Yusry dan Edry ini mencipta fenomena mereka tersendiri. Walaupun sudah 32 tahun berlalu sejak penubuhan KRU, nama trio adik beradik ini masih menjadi sebutan sehingga sekarang.
Beberapa hari yang lalu, KRU mengumumkan mereka bakal membuat kemunculan semula dan kali ini, bukan hanya lagu tetapi album juga akan diterbitkan. Album ini bakal mengandungi 10 buah lagu baru yang bakal menggegarkan kembali dunia hiburan dan sebagai mengubat rindu peminat KRU.
Meninjau entry di akaun Instagram Edry Abd Halim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Edry, Norman dan Yusry berada di rumah ibu mereka. Kata Edry, mereka menghabiskan masa hujung minggu bersama untuk menyiapkan lagu baru mereka.
Kata Edry, ini adalah teaser salah satu lagu mereka dan mereka mendendangkan melodi lagu itu bersama-sama. Walaupun hanya ‘nananana’ yang diperdengarkan oleh Edry, Norman dan Edry, ianya sudah cukup membuatkan warganet tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu ini nanti.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Edry ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mencari melody. Siap baru masukkan lirik. Good luck KRU.. tak sabar nak dengar, semoga Allah bantu.. hits song.. “
” Macam best lagu baru ni… cepatlah release lagu ni.. teringat vibe-vibe ost korea.. waduh layan ni.. “
” Pergh KRU.. still ada vibes gen x.. baru teaser dah rasa meremang, tak sabar nak tunggu release.. pasti gempak dan jadi kesukaan ramai.. “
” Hahaha ton tu tak hilang lah KRU tetap KRU legend lah.. mesti best ni.. dgr nananana pun dah best.. kami tunggu lagu “Nananana”.. kalau tak keluar, kami merajuk.. “
” Aihhh confirm lah best baaaa… aduiii x sabar sdh ni… excited sangat ni.. asyikk.. nanananan kesudahnya hehe.. “
” Nanananana pun sedap Edry Abd Halim.. layan je.. Macam senang je nk hafal lirik lagu nananana ni.. Lepas ni buat konsert seluruh Malaysia please.. “
” Nanana jer pun dah nampak future macamna.. Awal-awal dah tangkap masuk kepala.. melody nyaa tuuu.. santai-santai je cipta lagu. tak sabar nak dgr.. “
Wah baru teaser sudah kedengaran sedap apatah lagi jika siap sepenuhnya. Ramai yang tidak sabar untuk mendengar kembali paduan suara Norman, Yusry dan Edry ini. Semoga dipermudahkan segala urusan KRU untuk menyiapkan lagu-lagu baru mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Edry Abd Halim, Tiktok Kru.bros
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar