Artis / Selebriti
” Pergh hebat lah Shila Amzah, talented sangat. Habis semua bahasa Shila tapau ni.. ” – Netizen
Video Temubual Shila Amzah Bersama Fara Fauzana Dalam Rancangan Dbilique Raih Perhatian Warganet. Wah Hebat Betul Shila, Boleh Menyanyi Dalam 8 Bahasa. Yang Lagu Itali Tu Meremang Dengar, Best Sangat !!
Shila Amzah bukan nama baru dalam industri suara tanah air. Shila sudah berkecimpung sebagai penyanyi dari zaman kanak-kanak lagi. Kejayaan Shila bukan sahaja dalam negara tetapi terkenal di luar negara iaitu negara China kerana bakatnya itu.
Meninjau akaun Tiktok Shilalas United, telah dikongsikan satu video temubual antara Shila dan Fara Fauzana dalam rancangan Dbilique. Fara yang bersahabat baik dengan Shila turut mengakui Shila pandai menyanyi dalam banyak bahasa.
Selain bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin, Shila juga mampu menyanyi dalam beberapa bahasa lain antaranya Tamil, Hindi, Korean, France dan Italian. Atas permintaan Fara, Shila menyanyi beberapa rangkap lagu dalam ke semua bahasa tersebut.

Dari segi kelunakan suara Shila, itu tidak dinafikan suara Shila sememangnya sangat merdu. Nyanyi lah lagu dalam bahasa apa sekali pun, tetap ada lunaknya. Dengan lontaran suara dan sebutan yang jelas tu, boleh terbuai warganet mendengar suara Shila.
Jom tonton video di bawah :
@shilalas_united Shila Amzah is Multilanguage Singer ❤️🔥🇲🇾 Shila can sing Malay, English, Mandarin, Tamil, Hindi, Korean, France, And Italian. Im proud to be malaysian 🇲🇾👍🏻 #shilaamzah #Shilalas #shilalasunited #fyp #fypシ #fypageシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #foryourpage #Foryou #fy #stream #Comment #likes #support #copylink #multilanguage
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lidah melayu nih multipurpose… yang penting lenggok setiap bahasa.. Suka dengan Shila sejak dia kecil.. berbakat besar.. ”
” Bila penyanyi menyanyi tanpa muzik tapi seiring dengan muzik silent, merdu suaranya.. tu baru duduk punya suara, kalau berdiri boleh meremang segala bulu.. ”
” Wow sedap suara tanpa muzik. Suara Shila memang mantap, talented bakat anugerah Allah.. Kagum dengan suara Shila ni.. ”
” Pergh hebat lah Shila Amzah, talented sangat. Habis semua bahasa Shila tapau ni.. Suka sangat dengar Shila nyanyi Italian tu.. ”
” Best suara dia dengan multilanguage pulak.. Tambah lagi 1 bahasa shila hebat dlm bahasa sabahan ya gaiss.. ”
” Super talented Shila ni, kelebihan dia yang tak ada pada orang lain tapi dia tak menonjol.. semua bahasa dia boleh ni.. ”
” Wow hebat lah.. Shila ni suaranya merdu.. dia cakap sabah lagi comel hehe.. bila mar4h, auto sabah pekat keluar hehe.. ”
Shila memang seorang penyanyi yang berbakat dan Allah menganugerahkan kepadanya suara yang merdu. Semoga Shila terus maju jaya dalam kerjaya seninya ini dan menjadi bintang yang semakin bersinar serta menempa banyak lagi kejayaan pada masa yang akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shilalas United
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

