Artis / Selebriti
” Perangai lah dua-dua ni, rosak Fattah layan Erma. Dua-dua masuk air, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Erma Fatima berlakon bermanja dengan Fattah Amin buat warganet terhibur. Amboi suka Erma bila encik ‘tunang’ layankan je sinetron Erma tu. Part last tu Fattah pun tergelak. Kelakar lah, dah macam drama komedi romantik pula, haha..
Erma Fatima antara yang rapat dengan duda terhangat di pasaran, Fattah Amin. Apatah lagi Fattah ada berlakon drama di bawah syarikat produksinya. Sejak khabar angin pertunangan Fattah tular di media sosial beberapa minggu yang lalu, Erma berseloroh menggelarkan Fattah sebagai tunangnya.
Meninjau entry di akaun Instagram Erma Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Erma apabila Fattah duduk di sebelahnya. Ketika itu, Erma berada di majlis Iftar anjuran Fattah dan ianya turut dihadiri oleh ahli keluarga Fattah dan beberapa lagi rakan artis.
Menerusi video perkongsian ini, Erma menyakat Fattah dengan gurau sendanya. Erma mempersiapkan juadah untuk Fattah makan berupa ketupat dan rendang ayam. Mengambil sebijik ketupat, Erma meletakkan makanan itu dalam sebuah pinggan dan menghulurkannya kepada Fattah.
Sambil berbual, Fattah mengingatkan Erma supaya mengingati baju tema raya pertama mereka tahun ini iaitu warna hijau. Sporting sungguh Fattah melayani sinetron bersambung Erma itu. Fattah tergelak ketika melihat Erma menyuap sendiri makanan. Alahai encik tunang ni, sampai hati tak suapkan Erma makan, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Untung lah tunang handsome hehhe.. Ambik kesempatan ekk… teman sekerja pergi umrah… masa ni lah nak bermanja² dgn En. Tunang…. sweet sangat… sampai yg manis² jatuh dr langit.. “
” Maaa I ulang 10x maaa tgk gelak sorg2… hahahahaha.. Fattah pun sporting layan je peel erma tu.. Ditolak tolaknya encik tunang tu haha.. lawak lah.. “
” Hahaha lawak la kak erma ni.. seronok layan sweet sweet macam ni.. mengeletis ek dengan tunang ek haha.. “
” Menjadii watak haha.. kak Erma kasi jadi bikin drama.. nak tahu ending.. haha.. terbaik mama tunang mama herlok.. “
” Jgn mcm2 ermafatima … fattahaminz jgn aneh2.. amiraaothman ada persaingan sengit ni… irfannharis tlg buat edisi siasat haha.. “
” Aik mkn sdri hahahha.. la kta xnak haha.. adoii mokcun ni win btl dlm dk bckp laju tgn dia suap ktupat msk mlut.. “
” Perangai lah dua dua ni, rosak Fattah layan Erma ni. Adoi makin kelakar diorang ni, dua dua masuk air dah.. redha jela Fattah ada tunang macam ni haha.. “
Gandingan yang sesuai Erma dan Fattah ini. Dua-dua sekepala dan tahu memainkan peranan masing-masing. Dari sinetron bersama Amira, kemudian diikuti dengan ibu Fattah, sekarang Fattah pula terjebak sama. Apa-apa, ini hanyalah sekadar hiburan semata mata dan semoga semua turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral6 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen