Artis / Selebriti
” Part Sheryl dengan Azam ambik anak dia tu dah berjurai air mataku.. ” – Netizen
Music Video Lagu Terbaru Mark Adam Berjudul Rokieya Buat Ramai Tersentuh. Ekpresi Muka Mark Masa Lepaskan Baby Tu Mengundang Rasa Sebak. Bertabah Lah Mark Dan Isteri !!
Mark Adam dan isterinya Norazah Redzuan atau mesra dengan panggilan Ezan bahagia bersama walaupun tanpa kehadiran zuriat. Usia perkahwinan mereka yang hampir berusia dua dekad ini tetap diharungi segalanya bersama-sama baik suka mahu pun duk4.
Meninjau akaun Instagram Mark Adam, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan MV untuk single terbaru Mark berjudul Rokieya. Bagi peminat Mark, tentu sudah biasa melihat kucing kesayangan Mark bernama Rokieya dan tajuk lagu ini adalah tentang Rokieya.
Kasih sayang Mark dan Ezan dicurahkan kepada Rokieya dan menjadi tempat mereka bermanja. Bagi pasangan yang mengalami situasi seperti Mark dan Ezan pastinya faham perasaan pasangan ini yang masih menanti zuriat kandung sendiri. Dalam MV ini juga, mereka bergandingan bersama pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie.

Si kecil Azzalea Safiyya iaitu anak kepada Azzam dan Sheryl juga berlakon dalam MV tersebut. Sayu melihat MV Mark ini lebih-lebih lagi part Mark dan Ezan bermain bersama Azzalea. Lirik lagu dan lakonan yang cukup men1nggalkan kesan di hati warganet.
Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Subhanallah.. sy sdg preggy.. sy doakan mark dan isteri dikurniakan cahaya mata yg soleh / solehah oleh Allah swt.. Jangan sed1h-sed1h.. ”
” Sy dan Suami 10thn kwen msih blm dkurniakan Anak.. iui n ivf sy dh buat tp sapalah kita nk menidakkan takdir Allah .. tp Allah bg sy bsama dgn Anak2 bulus yg sy angap n bela mcm Anak sndiri.. ckop smua sy bg.. indoor smua, bilik complate ekon.. kdng sy down dorg laa tmpt sy luah.. ”
” Aaaaa.. kenapa aku nang1s.. baru dengar / tgk part ni dah berjurai airmata.. doakan kami juga pejuang double line.. anakbulus.. masih berdua.. ”
” Ya Allah deepnyaa lirik dan bait2 ayat lagu tu.. Tersirat tersurat, apapun semoga Allah hadir kan sesuatu yg baik dlm kehidupan markadam and wife dunia akhirat.. Allahumma aamin.. ”
” Aku ingat dia amik anak angkat nama rukieya. Auto sebak pulak.. tak tahu sebab apa aku nang1s.. untung Rokieya.. ”
” Part Sherryl dengan Azam ambik anak dia tu dah berjurai air mataku.. Semoga Adam n Isteri dikurniakan zuriat dan dipermudahkan segala urusan.. ”
” Sama lah I pun ade conan , becca, tecik, oyen, tom, ucci dan ramai lagi.. belum di kurniakan zuriat tapi rezeki jaga bulu-bulu.. ”

Cukup mendalam dan tersirat maksud lagu ini. Ramai yang mendoakan agar Mark dan Ezan akan dikurniakan rezeki untuk menimang cahayamata sendiri. Apa-apa pun, tahniah Mark atas lagu yang cukup bermakna ini dan semoga Mark bahagia selalu bersama Ezan dan Rokieya.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mark Adam, Youtube Channel Rusa Music
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

