Artis / Selebriti
” Part Ernie terus peluk Aina tu, aku jadi sebak tengok. Tak tahu kenapa.. ” – Komen Netizen

Video Ernie Zakri menangis sambil memeluk Aina Abdul setelah dinobatkan pemenang Vokal Terbaik AJL39 buat ramai tersentuh. Yang mana suka melaga-lagakan dan membandingkan Ernie dan Aina, sila tengok video ini..
Semalam, penyanyi Ernie Zakri telah memperolehi kemenangan bagi kategori Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) di Axiata Arena. Dengan kemenangan tersebut, Ernie berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000 berserta trofi.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik ashsuhaimi, telah dikongsikan video saat selepas Ernie menerima anugerah. Menerusi video itu, Ernie terus berjalan menuju ke arah penyanyi Aina Abdul dan mereka saling bersalaman serta berpelukan.
Kelihatan Ernie tidak dapat menahan sebak selepas berjaya merangkul anugerah. Bahkan bukan itu sahaja, Ernie seperti bercakap sesuatu kepada Aina. Perkongsian video ini turut mendapat perhatian ramai. Ramai yang meluahkan rasa terharu apabila melihat dua penyanyi ini saling berpelukan.
Komen warganet, Ernie dan Aina antara penyanyi yang mempunyai bakat yang besar dan mampu memartabatkan industri seni suara negara. Walaupun mereka berdua sering dibanding-bandingkan oleh warganet, namun hakikatnya hubungan mereka baik-baik sahaja dan saling menyokong antara satu sama lain.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ashsuhaimi Ernie peluk aina! 🥹✨ #AJL39 @ainaabdulofficial @erniezakriez #ainaabdul #erniezakri #nadarasa
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part Ernie terus peluk Aina tu, aku jadi sebak tengok. Tak tahu kenapa.. Dorang ni support each other.. Yg toxic some fan yg suka beza2 kan, laga2 kan.. “
” Attitude ernie mmg A+. Btahun2 dia tggu menang AJL, tak pernah give up walau apa pon org kata. Hopefully one day ernie dpt menang 1st ajl.. “
” Ernie serious rendah diri even dia dah lama dalam industry but dia still tunduk dkt Aina.. Yang macamni patutnya media viralkan , sayang sangat dua dua.. “
” Mereka saling menyokong. Sepatutnya peminat setia masing2 juga menyokong untuk mereka terus member terbaik kpd industri.. “
” Ahh nangissss kita tengok ni sbb kita minat dua2.. Tak suka bila ada yg kutuk dorang dua.. Btw my new love to nadeera too.. I love three of them.. “
” Dua dua berbakat at their own level so celebrate both talents equally. Being a fan means supporting.for their talents and contributions to dunia seni suara instead of fighting unnecessarily.. “
” Lah tengok ni pun leh nangis dah kenapalaaaa ngan aku ni… Bagus dua2 ni humble jea.. Dua2 power.. Tahniah Ernie memang semalam.. “
Jelas terlihat Aina dan Ernie saling memberikan semangat dan menyokong antara satu sama lain. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Ernie dan Aina atas kemenangan mereka semalam. Semoga dua penyanyi berbakat besar ini akan terus maju jaya dalam industri seni negara.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ashsuhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hasil didikan ayah ibu yang hebat. Tengok lah cara dia, penuh dengan adab dan kasih sayang layan ibunya.. ” – Komen Netizen