Connect with us

Artis / Selebriti

” Papa kan macam tu, aku iye iye kan je lah. Sori Fattah Amin, Amira Othman.. ” – Datin Shahida

Video Datin Shahida memohon maaf secara terbuka kepada Fattah Amin dan Amira Othman gara-gara viral video Dato’ Aliff memetik nama Fattah dan Amira. Tergelak Datin Shahida cerita apa sebenar terjadi masa tu. Kesalahan yang disukai ramai lah ni Datin, hehe..

Beberapa hari yang lalu, viral live Dato’ Aliff Syukri menyebut nama Amira Othman sebagai isteri Fattah Amin. Datin Shahida sendiri yang menyebut nama Amira ketika itu dan ianya menjadi perbualan warganet. Ramai yang berteka-teki pasangan usahawan ini mengetahui sesuatu mengenai perkahwinan Fattah.

Skintific Lip Serum

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Daya_mall, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Datin Shahida. Ketika sedang membaca komen-komen viewers, Datin Shahida tergelak apabila ada yang bertanyakan mengenai benarkah Amira isteri Fattah.

Kata Datin Shahida, semuanya spontan terjadi dan terjadi salah faham di situ. Datin Shahida memberitahu Dato’ Aliff memang seorang yang tidak pandai bertanya direct to the point. Ayatnya pasti berbelit-belit dan ada bengkang bengkoknya, namun Datin Shahida faham apa yang dimaksudkan oleh Dato’.

Dato’ Aliff sepatutnya bertanya siapa yang digosipkan dengan Fattah tetapi yang terkeluar dari mulut Dato’ Aliff siapa isteri Fattah. Kelakar Datin Shahida, sempat meminta maaf secara terbuka lagi kepada Fattah dan Amira. Risau marah Fattah dan Amira kerana ayat mereka itu.

Jom tonton video di bawah :

@daya_mall

Permintaan maaf secara terbuka keoada Fattah AMin & Amira Othman.. Maafkan Mama Ya 🙏🙏 #mamalaris #papalaris #datinshahidadherbs #terlajaklaris #dherbsaffiliate #dherbsonline #alifsyukriterlajaklaris #dherbsterlajaklaris #datinshahida #begalifsyukri

♬ original sound – Daya Affilliate Mall – Daya Affilliate Mall

Sehingga kini perkongsian ini telah pun merekodkan lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

Skintific Powder Foundation

” Takpa, salah yang ni saya suka hahah.. saya aminkan fattah dengan amira othman jadi suami isteri.. “

” Kesalahan yang paling disukai, tak payah mintak maaf Datin.. sama-sama kita amin kan moga moga jadi kenyataan.. “

” Ambik Amira dan Fattah jadi duta baru boleh dimaafkan haha.. kita aminkan ramai ramai. rasanya Fattah dan Amira tak marah pun.. “

” Datin cakap pun laju macam dato’ ye.. sebab tu banyak salah salah tersasul sasul dalam bercakap haha.. datin cakap dan sama macam dato’ , laju tak de noktah.. “

” Samada FA atau AO kalau dengar diorang senyum je… diorang ok je datin.. Fans diorang suka je.. dalam hati aminnn.. “

” Salah soalan dan salah jawapan haha.. Datin cakap takde noktah betul ni.. tapi kami sokong je kalau isteri pun.. “

” Tak apa datin kitaorg fahammmm, yg penting nti ambilkan Amira jd model beg tu nanti mesti meletops.. “

Bukan main laju lagi Datin Shahida bercakap, serupa sangat suami isteri ni. Yang penting, Datin Shahida dan Dato’ Aliff tidak tahu menahu mengenai perkahwinan FattMira. Dijemput pun tidak, kata Datin Shahida. Apa-apa pun, kesalahan yang disukai oleh semua dan ramai yang mengaminkan moga menjadi kenyataan.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Daya Affilliate Mall

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak