Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandainya Tokti kelim karipap, cantik betul jadiannya.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedang membuat karipap sambil bercakap telefon dengan ibunya, Mak Salmah ketika sedang live raih perhatian warganet. Wah pandainya Tokti buat keripap. Comel je dengar Tokti berborak dengan Mak Salmah.. 

Meninjau di akaun TikTok milik rosmadiothman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedang membuat siaran langsung. Menerusi video tersebut, DS Siti kelihatan berada di dapur sambil membuat kuih karipap.

DS Siti tidak keseorangan apabila ditemani anak sulungnya, Siti Aafiyah yang turut teruja membantu ibunya. Kedengaran suara Aafiyah yang bersungguh-sungguh belajar membuat karipap mencuit hati penonton. Suasana di dapur kelihatan begitu santai dan penuh kasih sayang antara ibu dan anak.

Dalam masa yang sama, DS Siti turut menelefon ibunya, Mak Salmah untuk berbual ketika siaran langsung berlangsung. DS Siti sempat memberitahu bahawa karipap yang dibuat adalah inti sardin. Perbualan santai tiga generasi itu membuatkan ramai yang suka melihat hubungan rapat mereka sekeluarga.

Aafiyah juga tidak melepaskan peluang untuk bercakap dengan neneknya. Dengan nada ceria, Aafiyah memberitahu bahawa dirinya seronok belajar membuat karipap bersama ibunya. Momen manja tersebut membuatkan ramai warganet tersentuh melihat kemesraan yang terjalin.

Tonton video di bawah ini :

@rosmadiothman

Bila Siti Nurhaliza call mak Salmah sempat sebut kuih kuih… #masukberandafyp #foryoupage #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral

♬ bunyi asal – Rosmadi Othman – Rosmadi Othman

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Pandainya Tokti kelem karipap, cantik betul jadiannya.. Tokti ni memang minat nak berniaga kuih depan rumah dia, Dato’ K tak bagi tak silap… Nak buat jugak kene bagi free je kuih tu.. “

” Tokti yg kaya pon buat karipap,aku ni udah le nan hadoo kejenyaa membeli je, haha.. Cantik betul bentuk karipap tu.. “

” Siti Nurhaliza ni bagus. Bila dia melangkah masuk je rumah dia tinggalkan title Biduanita dan Artis No 1 Malaysia luar rumah. Dalam rumah dia tetap seorang Anak, seorang Isteri, seorang Ibu.. “

” Siti dr kecik tlg mak dia meniaga kuih.. Jd setakat karipap tu kacang jela bagi dia.. Aku kelim karipap pn pakai acuan.. Tak reti kelim tgn.. “

” Salute Aku dengan siti, humble dia tak pernah berubah.. Semoga Allah berkati Hidup siti n famili ye aamiin.. “

” Tokti masih Siti Nurhaliza yg dulu..Walau dh jd jutawan hidup ni masih mcm dulu..kueh karipap pun buat sndiri.. “

” Lembut betul suara Mak Salmah bercakap, Tokti pun.. Ketawa pun dengar merdu.. Hahahha.. Suka tengok Tokti.. “

Ruangan komen turut dibanjiri pujian apabila ramai yang kagum melihat kemahiran DS Siti mengelim karipap dengan begitu kemas dan cantik. Tidak kurang juga yang memuji sikapnya yang kekal merendah diri. Walaupun bergelar penyanyi nombor satu negara, DS Siti tetap meluangkan masa di dapur menyediakan juadah buat keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok rosmadiothman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak