Artis / Selebriti
” Pandainya Aafiyah dan Afwa buat roti untuk ibu. Geram tengok gelagat dua beradik ni.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah Dan Afwa Selepas Membuat Roti Bakar Untuk Ibu Mereka Buat Ramai Terhibur. Amboi Comelnya Dua Beradik Ni Letak Tisu Atas Tangan Macam Tu. Afwa Pula Asyik Ikut Je Aafiyah Cakap, Hehe !!
Keletah comel anak-anak Datoβ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sering mendapat perhatian ramai. Kedua-dua adik beradik itu selalu mencuit hati peminat dengan aksi bersahaja dan comel mereka. Meninjau perkongsian terbaru di akaun Instagram muhdafwakhalid, telah dimuatnaik video Aafiyah dan Afwa menjadi chef.
Menerusi video tersebut, kedengaran suara DS Siti memberitahu yang dirinya mempunyai dua orang chef di rumahnya dan bertanya tentang masakan mereka. Aafiyah kemudian memberitahu dia dan Afwa telah menyediakan roti bakar istimewa buat ibu mereka.
Paling comel, Afwa juga turut bersama-sama mengikut apa yang dikata oleh kakaknya. Bagi menghargai usaha anak-anak, DS Siti kemudiannya memuji roti bakar yang dibuat oleh Aafiyah dan Afwa tersebut nampak sedap serta mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian peminat-peminat Aafiyah dan Afwa. Ramai yang mengatakan geram mendengar celoteh Afwa yang kini sudah petah bercakap. Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhiburΒ dan menyukai video Aafiyah dan Afwa ini, serta pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Geram tengok gelagat dua beradik ni. Senyuman Chef Afwa, diabetes jadiknya roti, haha comel betul lahaiiii.. “
” Ala geramnye dgn chef dua2 ni.. Afwaaaaaa Aafiyaaaah kenapa comel sangat.. Dah sediakan makanan untuk ibu, cepatnya besar.. “
” Main pondok2 masak untuk ibu ke tuuuu.. Wow Muhammad Afwa happy bersama kakak Siti Aafiyah bijak.. Manis je afwa senyum comel sangat.. “
” MasyaAllah bijaknya chef cilik ni, huhu siap buat gaya chef lagi tu.. Pandai lah dua beradik ni.. Moga jadi anak yang baik2.. “
” Elelele Afwa pemalu rupanya.. Bila dia senyummmmm manissnya.. Afwa betul2 ikut wajah ayahnya.. Aafiyah versi ibu.. “
” Cutenya dua beradiknya, rajin lah buatkan roti utk ibu.. So happy kan bila ibu puji cakap sedap.. Hehee.. Kita tengok pun senyum2.. “
” Alhamdulillah, pandainya Aafiyah dan Afwa buat roti untuk ibu.. Semoga Afwa dan Aafiyah menjadi anak yang soleh dan solehah.. “
Bagi sesetengah ibu bapa, mungkin pujian ringkas untuk anak-anak nampak remeh tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada mereka. Mereka akan lebih bersemangat untuk terus menjadi kreatif pada masa akan datang. Semoga Aafiyah dan Afwa terus membesar menjadi anak yang baik dan berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β
-
Artis / Selebriti4 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

