Artis / Selebriti
” Pandai dia pilih mak mertua, kena dengan lifestyle dia. Seronok weh ngam.. ” – Netizen
Video Syafie Naswip Sedang Memasak Di Kedai Makan Ibu Mertuanya Raih Perhatian Ramai. Wah Enjoy Betul Syafie Masak-Masak Dengan Ibu Mertua, Nampak Skill Masak Dah Macam Chef Lah !!
Umum mengetahui yang pelakon Syafie Naswip selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya iaitu Nur Afiqah Ishak pada bulan Disember tahun lalu. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di Dewan Wilqadry, Putrajaya dan telah dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua pihak.
Selepas mendirikan rumahtangga, kelihatan Syafie dan isterinya begitu bahagia dengan kehidupan baru mereka. Tahun ini adalah tahun pertama mereka meraikan Hari Raya Aidilfitri sebagai pasangan suami isteri. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Syafie, ada dimuatnaik satu video Syafie bersama ibu mertuanya.
Menerusi video itu, kelihatan Syafie berada di bahagian dapur memasak di sebuah kedai makan. Tulis Syafie di ruangan kapsyen, mengatakan yang pada hari itu Syafie ada melakukan satu ‘projek’ bersama ibu mertuanya. Telatah Syafie sedang memasak bersama ibu mertua telah menarik perhatian warganet.

Ada peminat mengatakan yang Syafie pandai mencari ibu mertua yang mempunyai minat memasak sepertinya. Difahamkan gerai makan tersebut adalah kepunyaan ibu mertua Syafie sendiri. Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video Syafie tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandai dia pilih mak mertua, kena dengan lifestyle dia. Seronok weh ngam.. Best tengok Syafie dan ibu mertua, hehe nampak sekepala.. “
” Untunglah pelanggan leh makan retis masak.. Seronok mak mertua dapat assistant suka dan pandai masak. Rezeki tu, hehe.. “
” Mertua Ayie niaga kedai mkn ke. Syok tgk masak2 mcm tu.. Banyak betul tengok, mahu kenyang sangat kalau dapat mcm tu.. “
” Kenyang kalau dapat beli macam tu, hehe.. Mesti laku keras lah, artis popular yang masak, yum yum lah jawapannya, hehe.. “
” Bersihnya dapur dia, kita tengok pun suka lah.. Syafie nanti share lah location lah.. Nampak menarik lah, teringin nak rasa.. “
” Perghhhh mau beratur panjang viral ni kalau ayie yg masak mesti full space kedai.. Hehehe gaya masak tu dah macam chef lah.. “
” The boom, terbaik dik.. Mana tahu lah one day ada rezeki dik boleh buka restoran pula.. Hehe gaya tu dah nampak boleh jadi chef.. “
Bagi yang mengikuti Syafie di Instagram, pasti mengetahui yang Syafie juga suka berkongsi video memasak dan masakan yang dimasaknya dilihat begitu menyelerakan. Melihat gaya Syafiq masak sudah seperti seorang chef. Mana tahu ada rezeki nanti, Syafie akan bergabung dengan ibu mertuanya membuka restoran mereka bersama dan restoran mereka akan menjadi terkenal.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syafienaswip
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa



