Artis / Selebriti
” Pa and Ma Journey besarrr tu apa.. ” – Scha Alyahya
Video Lara Alana Bercakap Dalam Bahasa Melayu Tetapi Tersalah Sebut Satu Perkataan Buat Peminat Terhibur. Ingatkan Apa Lah ‘ Besar ‘ Tu. Lara Lara !!
Lara Alana adalah anak pengacara Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Petah bercakap dalam bahasa Inggeris, video Lara selalu mendapat jumlah like yang banyak daripada peminat. Menjadi antara anak selebriti yang popular, Lara sendiri mempunyai pengikut di Instagramnya yang sehingga kini mencapai 4 juta orang.
Nampaknya populariti Lara sudah setanding dengan Scha dan Awal. Kegiatan seharian Lara sering dikongsikan di akaun Instagramnya untuk tontonan peminat. Aksi spontan Lara yang mencuit hati sering ada dalam setiap videonya itu. Kerana jarang melihat Lara bercakap dalam bahasa Melayu, peminat pernah meminta untuk melihat Lara bertutur dalam bahasa kebangsaan ini.
Walaupun kedengaran agak pelat namun Lara mampu bercakap dengan baik. S1lap sikit-sikit itu perkara biasa kerana Lara masih lagi belajar. Keceriaan mereka sekeluarga membuatkan mereka sering diundang untuk sesi photosho0t dan program TV, antaranya adalah rancangan Pa & Ma.

Menerusi akaun Instagram, Scha Alyahya telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat Lara mengingatkan peminat supaya menonton rancangan Pa & Ma Journey. Apa yang menarik adalah cara sebutan Lara bercakap dalam bahasa Melayu itu mencuit hati peminat.
Jom tonton video di bawah:
Kepetahan Lara ini menghiburkan ramai peminat. Antara komen-komen mereka :
” Lara lara comel ni bersama jadi besar yer lara.. “
” Journey besar ? hahaha ingat nama makpak dia ja. scha awal.. “
” So cute lara cakap melayu. ‘ Besar ‘ tu Bersama rupanya haha.. “
” Jangang. Woww lara. Just wowww hahahahahahha.. “
” Mother, cepat pdai. so let laara talk english.. “
” Tgk byk kali x puas. comel sangat!!.. “
” Jangan dilupa, aunty igt Lara nak nyanyi lagu raya tadi.. “
” Besar scha awal, aaaa comel. My favourite girl.. “
” Bersama jadi besar pun buley. comey sangat.. “
Alahai comel je Lara cakap bahasa Melayu. Sudah agak fasih walaupun ada perkataan yang ters1lap. Besar pun bolehlah Lara janji boleh faham maksud ayat Lara itu. Apa pun, semoga Lara sentiasa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Scha Alyahya, IG Lara Alana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

