Artis / Selebriti
” Our keeper turn 23 today, Alhamdulillah.. ” – Eyra Hazali

Eyra Hazali Berkongsi Gambar Sambutan Hari Lahir Suaminya, Haziq Nadzli Yang Ke-23 Tahun. Wah Hadiah Eyra Buat Suami Tercinta Bukan Kaleng-Kaleng, Memang Idaman Kaum Lelaki Ni !!
Eyra Hazali merupakan seorang pelakon dan juga model tanah air. Eyra mula dikenali ramai menerusi watak Nisa Ardina dalam drama ‘Mr Grey’ lakonannya bersama pelakon, Fendy Bakry. Eyra juga sudah menamatkan zaman bujangnya bersama penjaga gol, Hazid Nadzli.
Menerusi perkongsian Eyra di laman Instagram miliknya, Eyra berkongsi gambar mereka sekeluarga di majlis sambutan hari lahir suaminya, Haziq. Tarikh 06 Januari merupakan tarikh lahir Haziq dan tahun ini genaplah usia penjaga gol ini 23 tahun.
Majlis yang bertemakan warna biru dan putih ini nampak simple namun tetap cantik. Eyra yang mendukung anaknya, Hayder kelihatan sangat bahagia dan gembira disamping suami tersayang. Begitu juga dengan Haziq yang sudah semestinya teruja dengan kej0tan yang diberikan.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah hadiah yang diberikan Eyra kepada Haziq. Dapat dilihat dalam gambar tersebut, Eyra menghadiahkan Haziq mainan PS5 yang sangat diidamkan oleh ramai sekarang ini. Bertuahnyalah Haziq, mesti Haziq tidak sabar untuk mencuba permainan tersebut.
Jom ikuti perkongsian di bawah :
Perkongsian Eyra meraih perhatian peminat yang semuanya mengucapkan selamat hari lahir buat keeper negara itu. Antara komen-komen mereka adalah :
” Happy birthday keeper goal, Suami Hensem, Isteri Lawa.. Bagai Pinang Dibel4h Dua.. Alhamdulillah Tahniah And Happy Untuk Awak Berdua.. “
” Happy birthday haziqnadzli.. birthday sama dgn tarikh anniversary saya, Happy birthday ajiq, happy birthday keeper.. “
” Sape nampak ps5 dulu agkt tgn, ps5 tu reward.. alhamdullilah, happy birthday.. Semoga sihat selaluu.. “
Untuk rekod, Eyra dan suaminya, Haziq mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan sepanjang tempoh perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Hayder Qhalish yang dilahirkan pada Ogos 2020.
Sambutan kelahiran kali ini sudah pastinya men1nggalkan memori yang indah buat Haziq. Selamat ulang tahun Haziq yang ke-23. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Eyra dan Haziq sentiasa bahagia bersama buah hati tersayang, Hayder yang semakin membesar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Eyra Hazali.
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen