Connect with us

Artis / Selebriti

” OCD dia dah mai dah, haha.. ” – Erra Fazira

Video Gelagat Jep Sepahtu Yang Begitu Lama Dan Teliti Memilih Pinggan Di Kafe Buat Ramai Terhibur. Satu Persatu Jep Tengok Pinggan Yang Disusun Bertingkat-Tingkat Tu. Selagi Tak Jumpa Yang Mana Dia Puas Hati, Selagi Tu Lah Dia Tak Ambil !!

Telatah penyampai radio Sinar yang juga merupakan pelawak terkenal, Jep Sepahtu sering kali membuat ramai peminatnya terhibur. Celotehnya di corong radio pada setiap pagi membuatkan para pendengar pasti tak jemu mendengar lawak yang dibuat oleh Jep.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Sinar, telah dikongsikan video yang memaparkan Jep berada di sebuah kafe. Menerusi video itu, Jep sedang duduk bertinggung memilih pinggan. Satu persatu pinggan dialihkan oleh Jep untuk mencari pinggan yang menepati citarasanya.

Klik gambar untuk info..

Perkongsian video ini menjadi perhatian warganet. Ada yang menyakat Jep sedang mencari pinggan yang digunakannya setiap hari untuk makan. Selain itu, pelakon Erra Fazira juga meninggalkan komen dengan mengatakan gangguan OCD Jep datang kembali.

Perkongsian video yang diambil secara senyap-senyap memaparkan telatah Jep ini menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Boleh tahan lama juga Jep ambil masa untuk memilih pinggan yang dia inginkan.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur dengan telatah Jep itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” OCD dia dah mai dah, haha.. ” – Erra Fazira

” Aku pon gitu cari pinggan yg elok, tak de kesan klau nmpk pinggan tu baru lagi sejuk hati.. Kalau orang tengok mesti rimas sangat dengan perangai aku, hahaa.. “

” Dia cari pinggan die mkn smlm ke hahahhaa.. Jep2, lama betul kau pilih pinggan tu.. Dah naik bosan kalau ada yang beratur tgh tuggu turn nk ambik pinggan, haha.. “

” Bw pinggan sendiri la senang Jep, jamin puas hati tahu betul2 bersih, hahhaa.. Aku pun mcm tu.. Last ii aku letih dgn diri sendiri.. “

” Nak guna pinggan yg selalu pakai ke tu.. Hahahha.. Pelan2 yer bang.. Ada tu in sha Allah.. Baca bismillah banyak kali boh, jumpa lah nanti.. “

” Susah ada org penyakit mcm ni.. Ape yg ditiliknye pinggan tu 1 1.. Berjuling mata aku tengok Jep pilih pinggan, hahaha.. Sabar jerlah.. “

” Jumpa tak ciri2 pinggan yg dia nak tu .. Kesian pulak tgok org2 ocd ni.. Plih pinggan pon berejam, tak buat bnda lain lagi.. Jepp selalu lambat tak, hehe.. “

” OCD ke Jep.. Dulu akak mcm tu.. Kena buat Terapi tu. Insha Allah akan baik dan berkurangan. Doa yg baik-baik. OCD tak boleh buat main. Letih.. Penat.. Sed1h… Mcm2 perasaan keluar.. “

Klik gambar untuk info..

Sebelum ini pernah Jep membuat pengakuan yang dirinya menghidapi OCD yang dikenali sebagai Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).  Untuk sekadar info, penghidap OCD ini suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum itu tidak sempurna.

Silakan SHARE..

Sumber : IG sinar_my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT