Artis / Selebriti
” Ni peminat yang kena surprise semula. Terharu tengok video ni, baiknya Tokti.. ” – Komen Netizen
Video DS Seri Siti Nurhaliza muncul di depan billboard yang ditempah khas oleh kelab peminatnya, Sitizoners sempena penerimaan anugerah Biduanita Negara. Wah humblenya Tokti menyantuni peminat. Berebut semua nak bergambar dengan Tokti..
Meninjau di akaun Instagram milik Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan video yang memaparkan DS Siti meluangkan masa bertemu dengan kelab peminatnya, Sitizoners yang membuat kejutan istimewa buat DS Siti.
Untuk makluman, Sitizoners telah membuat ucapan tahniah dengan menyiarkan video-video DS Siti menerusi billboard sempena penganugerah gelaran Biduanita Negara. Menerusi video itu, kelihatan DS Siti ditemani oleh anak sulungnya, Siti Aafiyah mengabadikan kenangan bergambar di hadapan billboard itu.
Selepas itu DS Siti juga memanggil peminat-peminat yang berada di situ untuk bergambar bersama-sama. DS Siti turut memberikan ucapan terima kasihnya kepada kelab peminatnya dan peminat-peminat yang setia bersamanya sepanjang perjalanan kariernya.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji cara DS Siti melayan peminat-peminatnya bergambar. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh DS Siti itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai komen diberikan oleh warganet kepada DS Siti. Antara komen-komen menarik adalah :
” Humble betul, siap panggil ramai-ramai bergambar. Nampak kemesraan Tokti dengan peminat bukan di buat-buat.. “
” Dato’ Sri Siti Nurhaliza memang sangat ramah dari dulu sampai sekarang, beliau memang selayaknya dinobatkan biduanita tanah air. Tahniah Dato’ Sri.. “
” Ya Allah, ni peminat yang kena surprise semula, terima kasih kesayangan SitiZoners. Bestnya kalau ada sekali boleh bergambar dengan Tokti.. “
” Finally.. sebak saya.. Tq team n sitizoner jayakan acara kecil ini..Walau ade ramai tak percaya atau scammer.. Tp akhirnya terlaksana.. Tq so much.. “
” Tanda sayang SitiZoners untuk our biduanita Siti Nurhaliza.. Usaha Sitizoners semua memang tak dapat disangkalkan lagi memang power.. “
” Terima kasih menghibur kami semua dan tak pernah berubah di mata sitizoners.. walaupon kak iti dah di level trtinggi, masih merendah diri dan menghargai sitizone.. “
” Cantik betul Tokti, walaupun berpanas, baju kurung lagi.. Suka betul tengok.. Siss pun tumpang terharu tengok video ni.. Baikmya Tokti layan para peminat dia.. “
Terbaik DS Siti, walaupun padat dengan jadual kerja, DS Siti tetap cuba untuk meluangkan masa bersama peminatnya sebagai tanda menghargai usaha mereka yang sentiasa menyokongnya. Bak lirik lagu DS Siti bertajuk Seindah biasa, ‘panas terik, hujan badai, kita lalui bersama’ .

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

