Artis / Selebriti
” Ni memang terus pecah empangan mata aku ni. Jatuh air mata jantan aku.. ” – Komen Netizen

Video iklan raya lakonan Beto Kusyairy, Jalil Hamid dan Nadhir Nasar buat ramai menangis. Iklan raya yang paling sedih tahun ni. Menusuk ke hati, sebaknya..
Saban tahun setiap kali menjelang Aidilfitri, pasti iklan raya dari pelbagai organisasi dan syarikat akan ditayangkan kepada umum. Berbagai-bagai jalan cerita dapat dilihat dalam iklan raya dan ianya membawa maksud yang berbeza untuk ditafsirkan kepada umum.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bank Rakyat, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan iklan raya Bank Rakyat bertajuk Salam. Barisan pelakon hebat menghidupkan jalan cerita iklan raya ini iaitu Beto Kusyairy, Jalil Hamid dan Nadhir Nasar.
Ceritanya cukup menyayat hati dan semua yang menonton sehingga ke akhir cerita pasti menangis. Kisah mengenai anak yang bersikap dingin terhadap ayahnya, namun disedarkan dengan kelakuan seorang kanak-kanak yang bersalam dengan semua orang semata-mata untuk mencari insan yang mempunyai tangan seperti ayahnya.
Lakonan Beto yang dramatik dengan linangan air mata membuatkan penonton juga turut menangis. Ditambah pula dengan penjiwaan Jalil Hamid sebagai ayah, semakin deras air mata penonton mengalir melihat Beto dan Jalil berpelukan sambil menangis. Menusuk ke hati apabila pelakon hebat ini bergandingan.
Jom tonton video di bawah ( tonton video di hujung artikel ) :
Pelbagai respon diraih untuk perkongsian ini dan rata-ratanya tersentuh dengan maksud yang ingin disampaikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Batal puasa tak kalau menangis di siang hari.. ni memang terus pecah empangan mata aku ni.. “
” Letih la nangis tengok lakonan jalil hamid dengan beto ni. Aku yg laki ni pun jatuh air mata jantan.. Tengok budak tu minta salam je… dah berjurai air mata.. “
” Beto, Jalil Hamid dengan Nadhir.. Siapa sangka dapat tengok diorang dalam satu frame. Tak boleh pertikaikan lakonan hebat daripada Beto. Confirm mengalir air mata.. “
” Video ni mmg betul2 rasa sampai hati. Iklan yg simple tapi penuh makna.. alfatihah buat arwah abah .. tiada lagi tangan untuk bersalaman dan dicium.. “
” Jahatnya iklan ni. rindu ayah. simple storyline sampai dpt menusuk jiwa penonton, lagi lagi bila budak tu cakap nak salam dah buat rasa sebak.. hargai mereka yang tersayang selagi ada.. “
” Tengok 10 kali, 10 kali la banjir airmata. masa dia kata “takde 1 pun mcm tangan abah amin” okayyy berayaq mata aku..
” Budak tu sebut je tak jmpa mcam tangan abah aku terus kluar air mata weh.. 1st time raya tanpa ABAH..bila tengok iklan raya yang ni lain macam rasa air mata.. “
Lakonan yang mantap daripada semua pelakon dan maksudnya sampai ke hati penonton. Hargai lah seorang lelaki bergelar ayah selagi dia masih bernyawa. Andai sudah dijemput Ilahi, tiada lagi sentuhan kasih sayang seorang ayah. Semoga iklan ini memberi pengajaran kepada semua.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bank Rakyat, Tiktok Azmir Akmar Sobry, Youtube Channel Bank Rakyat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen