Artis / Selebriti
” Ni ke Teh Firdaus, lelaki rupanya. Handsome orangnya.. ” – Netizen
Perkongsian Gambar Pereka Busana Pengantin Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah, Teh Firdaus Raih Perhatian Warganet. Oh Ini Orangnya Yang Buat Baju Anisha. Orang Malaysia Rupanya, Segak Orangnya !!
Di sebalik kemeriahan majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah minggu lalu, selain pasangan pengantin yang sepadan, busana yang digayakan oleh Anisha juga mendapat perhatian ramai.
Siapa sangka, pengantin diraja ini akan memilih pereka fesyen dari Malaysia iaitu Teh Firdaus. Hasil kerja Firdaus yang cantik dan berseni menaikkan lagi seri pengantin Anisha. Untuk makluman, Firdaus menyediakan 2 persalinan iaitu ketika majlis berbedak dan majlis khatam Al-Quran.
Menerusi akaun Instagram Teh Firdaus, telah dikongsikan sekeping gambar kenangan Firdaus bersama Putera Mateen dan Anisha. Melihat gambar ini, ramai warganet yang memuji Firdaus. Sebelum ini, hanya namanya sahaja yang disebut-sebut dan kali ini, warganet dapat melihat rupa si dia yang bernama Teh Firdaus.

Tinggi dan segak orangnya, lagi-lagi dalam baju serba hitam seperti itu. DI ruangan kapsyen, Firdaus mengucapkan ucapan selamat pengantin baru buat pasangan diraja dan memanjatkan kesyukuran kerana dia dapat sama terlibat dalam majlis perkahwinan ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Ramai juga artis Malaysia yang pernah menggunakan perkhidmatan Firdaus turut sama memberikan komen. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Yes, Teh Firdaus always a bridal favourite.. Well done.. ” – Zahirah Macwilson
” Congratulations babe Teh Firdaus.. Baju ni memang cantik, lain daripada yang lain.. Elegant sangat.. ”
” Ni ke Teh Firdaus, handsome orangnya.. the best designer mmg baik down to earth orgnya .. tak kekwat mcm some of Msian Designer.. ”
” Lelaki rupenyer teh firdaus ni…. cantik baju-baju you.. so proud of you, macam Wira Melayu. Hebat.. ”
” Wah handsome nya dia.. Terserlah sudah wajahnya.. Alhamdulillah and congratulations Firdaus.. ”
” Segak and talented designer.. congratulations to you Firdaus.. cantik sangat baju-baju rekaan awak.. ”
” Baru tahu ini Teh Firdaus, hebat sangat orangnya. Bangga tau kita sebagai rakyat Malaysia.. tahniah Firdaus dan fly high.. ”
Anak Malaysia yang membanggakan negara kerana hasil kerjanya menjadi tersohor di kalangan kerabat diraja Brunei. Semoga Teh Firdaus terus berkarya dan melangkah lebih jauh dengan bakat dan seni yang dimilikinya itu serta menjadi terkenal seantero dunia suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Teh Firdaus
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya



