Connect with us

Artis / Selebriti

” Laa Ta, hang makeup pun cantik, hang tak makeup pun lagi nampak cantik.. ” – Lan Pet Pet

Video Lat Pet Pet Mengusik Kakak Iparnya, Rozita Che Wan Buat Ramai Terhibur. Amboi Bukan Main Lan Puji Che Ta, Siap Bagi Pantun. Berdekah Che Ta Dengan Zain Dengar. Zain Siap Pecah Rahsia Masa Mula-Mula Jatuh Cinta Dengan Che Ta !!

Sebut sahaja pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta pasti ramai mengenalinya. Meskipun bakal memasuki usia 50 tahun pada tahun ini, Che Ta masih tetap kelihatan muda, cantik dan gayanya juga seperti baru berusia 40an.

Meninjau di akaun TikTok Che Ta, telah dikongsikan video yang memaparkan dirinya bertemu dengan adik ipar iaitu pelawak Lan Pet Pet. Tulis Che Ta, dia dan Lan jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya. Seloroh Che Ta, Lan suka datang ke rumahnya tengah malam.

Klik gambar untuk info..

Menerusi video itu, Lan sempat memuji Che Ta dengan mengatakan Che Ta kelihatan lebih cantik tanpa mengenakan sebarang solekan. Di sebelah Lan, turut ada bersama adalah suami Che Ta, Zain Saidin. Akui Zain, dia mula jatuh cinta dengan Che Ta dahulu gara-gara melihat wajah Che Ta tanpa bersolek.

Seloroh Che Ta di ruangan kapsyen mengatakan jarang-jarang mendengar adik iparnya itu memujinya dan Che Ta menganggap apa yang dikatakan oleh Lan itu adalah benar. Perkongsian ini menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

( Sila tunggu sebentar sekiranya video lambat keluar.. )

 

@rozitachewan1

Walaupun kami ipar duai tp jaqang2 la dpt jmpa.. msg2 sebok kata… depa plk kalau mai qumah , tk pukui 12 mlm depa tk sampai😜 tp nihhhhhh jaqang2 pulak Lan pet pet puji kami .. kiqa betui la tu kan🤣🤣🤣🤣 . Tunggu besok tau … ya Allah ! Tk sabaq nnya kami 🥰 . #cekangjelita #cheta #cekangsampaiqaya #rcw #rozitachewan #lanpetpet #fyp #fyp

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian oleh Che Ta ini. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tgk citer Sesuci Cinta Sofiya.. Che ta berlakon dgn Dato’ Rosyam Nor.. Yang tu seriously natural looks yg cantik sangat2 tengok tau.. “

” Amboi Lan hahahaa, lawak betul tengok.. Kemain puji kak ipaq dia.. Che Ta pun habis seronok lah ada orang puji, hahahaha.. “

” Bila Lan pet pet nak mula bercakap tu… Mcm nak mula filem senario woooo.. Riuh noh tengah malam bila adik ipaq mai umh, haha.. “

” Cheta memang cantik tak make up,macam dalam cerita bulan puasa tu. Tak ingat tajuk.. Zain siap bgtau jatuh cinta bila bila tengok Che Ta tak pakai make up lah.. “

” Orang kedah jumpa cukup syok punya. btoi org kata, org kedah ni, tak jumpa jd rindu, jumpa jd geram, haha.. Lan pun hensem btol, tgk dia dri dlu lg awek muda haha.. “

” Che ta mmg cantik.. Sbb pernah jumpa ms event kt mydin mall subang thn 2010 ka 2011.. Peramah sgt.. Antara artis awet muda.. “

” Zain pun pediah lorat kedah p dah haha.. Pantun tak leh lepaih noh abg Lan.. Bagus abg Lan ni… Ikhlas puji, seronok ja orang dengaq.. “

Klik gambar untuk info..

Seronok tengok kakak ipar dan adik  ipar ini saling menyakat antara satu sama lain, riuh rendah dibuatnya. Maklumlah jarang berjumpa, pasti ada banyak yang nak diborakkan oleh mereka. Che Ta memang cantik, untuk rekod ketika muda dahulu Che Ta pernah memenangi pertandingan ratu cantik.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok rozitachewan1, IG rozitachewan93

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT