Artis / Selebriti
” Nasib lah anak dapat papa kepala g1la-g1la. Papa rosak, haha.. ” – Netizen

Video Ubai Mengajar Seth Uwais Step Menari Buat Warganet Terhibur. Adoi Hari Tu Ajar Jadi Hero Remaja, Ni Menari Pulak. Lain Macam Step Ubai, Seth Pun Ikut Je Apa Papa Dia Buat. Lawak Lah, Dah Macam Joget Pak Maon, Haha !!
Tidak hanya menyayangi Shila Amzah, Ubaidillah atau Ubai juga menyayangi anak Shila, Seth Uwais seperti anaknya sendiri. Cara Ubai melayani dan menyantuni Seth sering mendapat perhatian daripada warganet. Kasih sayang seorang ayah diberikan sepenuhnya kepada Seth.
Meninjau akaun Tiktok Ubai mz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ubai cuba mengajar Seth step untuk menari. Tulis Ubai di kapsyennya berbunyi ‘ Sesi rekrut kaki step yang sebenar ‘. Gaya Ubai menari membuatkan Shila sendiri ketawa melihatnya.
Seth pula sambil tersenyum mengikut sahaja apa yang diajarkan oleh Papanya itu. Lain macam pula tengok joget Ubai ni, sudah seperti joget Pak Maun pun ada. Step Pak Maun tu paling susah untuk Seth ikut nampaknya, hyper Papa daripada anak ni, hehe.
Seronok warganet melihat cara Ubai meluangkan masa bersama Seth. Patutlah Seth semakin hari semakin banyak perkembangan positif, ada papa yang super supportive. Papanya masih muda, kelakar pula, meriah rumah dengan telatah Ubai dan Seth itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@ubaimz Sesi rekrut kaki step yang sebenar! #fypシ #tiktokmalaysia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
‘‘ Cmna ni. Yg takleh menari, ajar anak plk menari. Hancusss lah jd nya. Blh wat hiburan sambil tak krja lah. Seth pun tekun ikut Papa nya.. ”
” Bagus, Ubai, gn ms lpg bonding dgn anak. Apa2 pun, Seth happy je. Itu yg pnting. Smua yg tgk, terhibur dgn gelagat dua beranak ni.. ”
” Hahaha aduhaii papa pun.. step paling sush nk buat.. dh diajar kaki step, hari tu suruh jd hero remaja haha.. nasib la anak dapat papa muda.. ”
”Dah macam pak maun dah Ubai oiii hahah.. dapat papa kepala g1la-g1la best.. papa lagi hyper dari anak ni haha.. terhibur tengok.. ”
” nanti besar mesti nampak macam member-member je padahal bapak tiri haha.. seth paling bahagia sebab sekepala dengan papa dia.. ”
” Ubai bapa yang penyayang, dapat dilihat dari cara Ubai layan Seth.. Tergelak sama tengok, joget pak maon diajarnya pada Seth, rosak papa rosak haha.. ”
” Lawaklah ubai ni, boleh pula ajar anak dia menari. Tapi gayanya dah macam joget pak maon haha.. ada bapak macam ni happy 24 jam.. ”
Seronok Seth ada papa yang ceria dan sporting melayan seperti Ubai. Ada sahaja perkongsian Ubai bersama Uwais meraih perhatian ramai. Apa-apa pun, semoga Ubai, Seth dan Shila berbahagia selalu, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ubai Mz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq