Artis / Selebriti
” Nasib baik I ni bukan orang yang cemburu tau.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq mengusik Bella Astillah mengenai Lim Min Ho buat ramai terhibur. Alahai, reaksi wajah YB tu lawak betul. Kata tak cemburu, tapi nada bercakap tu lain betul, macam tak seiring je dengan isi hati. Sekali Jack gelak, habis kantoi semua..
Hubungan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah sering menjadi tumpuan warganet. Pasangan ini turut mempunyai peminat tersendiri yang setia mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik fans Bella dan YB Saddiq iaitu TEAM BA’SS, telah dikongsikan video live YB Saddiq bersama Bella. Menerusi video itu, Bella ada berkata wajahnya ketika berada di Korea ditumbuhi jerawat. Mendengar apa yang dikatakan oleh Bella itu, YB Saddiq dengan spontan mula menyakat Bella.
Usik YB Saddiq, jerawat tersebut adalah disebabkan rindu dan mungkin Bella sekarang sedang merindui Lee Min Ho memandangkan mereka sekarang sudah ‘dekat’ dengan Lee Min Ho kerana mereka sedang berada di Korea. YB Syed berkata sedemikian sambil wajahnya memberikan reaksi mahu mengusik Bella.

Tidak disangka, Bella memberikan respon balas dengan berkata ‘ dekat tetapi terasa jauh’ kepada YB Saddiq sambil wajahnya melihat YB Saddiq. YB Saddiq lantas mengatakan nasib baik dirinya bukan seorang yang kuat cemburu. Kedengaran suara PA YB Saddiq, Jack gelak di belakang kamera.
Tonton video di bawah ini :
@bellaastillahsyedsaddiq7 #syedsaddiq #bellaastillah #repostedvideo #foryoupageofficiall #foryoupage #sweetcoupleBASS #kasitrending #fyptiktok
♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL] – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL]
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Statement YB tu, macam lupa ingatan pulak betapa cemburunya dalam live lepas, haha.. Lawak lah YB ni, kita pun ketawa tengok.. “
” Nasib baik i ni bukan org yg cemburu tau” – pastuuuu smpi anak cucu dia ungkit.. Tak percaya, kita tunggu tengok lah nanti, hehehe.. “
” Ya ke tak cemburu.. Bella angkat phone pun curi2 tgk dr blkg… Dengar Jack punya gelak pun dah tau, betulah tu tak kuat cemburu haha.. “
” Terbayang ku klu spacedolla trdngar ni.. Mesti spdolla ckp, saddiq next level.. Aku ulang2 tengok video ni.. Seronok dengar gelak Jack, haha.. “
” Tq Jack bagi signal yg c Saddiq bukan seorang yg cemburu, hahahaha. Jack punye gelak penuhhh subtitles, kantoi truss gitu.. “
” YB mengakui secara tidak langsung bila mana mengatakan “nasib baik i bukan orang yg cemburu tau” hahahaa Jack tidak bersetuju dengan statement YB.. “
” “Nasib baik i ni bukan org cemburu taw”.. Maksudnya yb cemburu lah tu… Jack macam biasa ketawa mewakili kita, haha.. “
Komen warganet, ketawa Jack seolah-olah memberikan ‘subtitles’ mengenai perasaan sebenar YB Saddiq terhadap kenyataan yang diberikan Bella. Amboi YB, cakap tak cemburu, tapi nada bercakap tu lain betul, macam tak seiring je dengan isi hati, hehe..

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bellaastillahsyedsaddiq7
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


