Artis / Selebriti
” Nampak sangat Rina rindukan masakan Omma. Tersangat menghargai.. ” – Netizen

Video Anak Maryam You Narae, Nik You Rina Makan Masakan Maryam Selepas 12 Hari Berpisah Raih Perhatian. Alahai Seleranya Rina Makan. Rindu Sangat Lah Tu Dengan Air Tangan Omma !!
Sebut sahaja nama Nik You Rina, pastinya warganet akan terbayangkan si kecil yang ceria dan penuh dengan gelak ketawa. Rina merupakan anak sulung kepada pempengaruh dan Youtuber yang berasal dari negara Korea, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim.
Meninjau akaun Instagram Duriankimchijunior, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Rina ketika makan masakan Ommanya. Selepas 12 hari mereka berpisah kerana Maryam pergi mengerjakan ibadat umrah, Rina dapat kembali menikmati masakan Omma.
Berselera sungguh Rina, nampak gembira sangat Rina ketika menjamah semua makanan yang dihidangkan untuknya itu. Dari wajah Rina jelas terpancar kegembiraan Rina dan reaksi yang ditunjukkan juga menghiburkan hati warganet yang menonton video ini.
Rina memang pandai mengambil hati Maryam. Sempat Rina mengangkat ibu jarinya untuk menggambarkan betapa sedapnya masakan Omma. Melihat anak makan dengan penuh berselera seperti ini pasti ianya sangat menggembirakan hati seorang ibu. Satu demi satu habis Rina makan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MashaAllah Tabarakallah, anak solehah mummy daddy ni. Pandainya Nik Yurina makan. Seronok mummy masak utk Rina makan.. ”
” Bijak dan comel.. betul2 dia menikmati setiap suapan tu happy nye. Pndainya rina nih.. part pegang chopstick tu pndai sgt.. geram lah kt bdk bulat nih.. ”
” Pandainya la haii.. tak memilih makanan.. auntie impressed dengan awak rina.. Rina ni sgt menghari masakan ibu dia.. excited setiap kali mkn & dah pandai puji.. ”
” Eee bestnya tgk dia pandai makan & comelnya reaction dia.. Alhamdulillah.. yeayyy dpt mkn mskn omma semula.. ”
” Nampak penuh keriangan dan nikmat dapat makan masakan omma.. Suka tgk content yg anak2 org korea mkn mcm ni. Apa je mak dorg sediakan, dorg mkn smpi licin. Ni tgk rina pulak mkn mcm tu. Ala comelnye.. ”
” Praise be to Allah. Rina’s panda is eating. Not picky. If only aunt’s children were like this… the best.. ”
” Selera sungguh dia makan … suka masakan mummy dia … Rina anak solehah.. Nampak sangat Rina rindu kan masakan Omma….Tersangat menghargai.. ”
Puas hati jika ada anak yang pandai makan dan tidak memilih seperti Rina ini. Kecil-kecil lagi sudah pandai menghargai penat lelah Omma memasak. Rindu Rina pada masakan Omma akhirnya berakhir. Hari-hari boleh makan Omma masak selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Duriankimchijunior
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah