Artis / Selebriti
” My first time at Legoland during the recent school holidays.. ” – Nur Fatima Aisya
Video Dan Gambar Gelagat Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Ketika Bercuti Di Legoland. Wah Excited Sungguh Fatima, Sampai Kepenatan. Cantiknya Rekaan Lego Nama Fatima Dan Mummy. Gambar Ketiga Tu Pun Stylo, Pandai Fatima Pose Macam Mommy !!
Baru sahaja beberapa hari yang lalu video Fazura membawa anaknya, Nur Fatima Aisya menikmati staycation di Barbie Room Grand Hyatt Kuala Lumpur. Itu antara hadiah Fazura sempena ulangtahun kelahiran Fatima yang jatuh pada 2 Oktober baru-baru ini.
Kali ini, Fatima dibawa bercuti di satu lagi tempat menarik yang sememangnya menjadi kesukaan kanak-kanak iaitu Legoland Resort. Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Nur Fatima Aisya, telah dikongsikan gambar dan video yang memaparkan telatah Fatima ketika berada di sana.
Perjalanan dari ibu kota ke Legoland Resort agak panjang tetapi Fatima menggunakan masa yang ada untuk berehat sepanjang perjalanan. Fazura membawa Fatima ke Legoland ini ketika cuti sekolah Fatima berjalan. Banyak gambar menarik yang dipaparkan dalam perkongsian ini.

Sama seperti mommynya, Fatima cukup pandai bergaya dan memberikan pose yang menarik. Beberapa keping gambar Fatima sedang bermanja dengan Fazura juga ada ditunjukkan dalam posting ini. Warganet juga turut dapat melihat satu rekaan daripada lego yang tertulis ‘ Fatima Mommy Love ‘.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Fatima ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Sama seperti perkongsian terdahulu, ruangan komen tidak dibuka kepada umum. Warganet hanya boleh memberikan tanda likes sahaja untuk setiap posting di akaun Fatima ini.

Seronok melihat gelagat Fatima yang begitu teruja. Barbie Room sudah, Legoland juga sudah. Agaknya selepas ini, ke mana pula destinasi yang bakal Fazura bawa Fatima pergi bercuti. Apa-apa pun, semoga Fatima selalu gembira bersama mommy dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurfatimaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti22 hours ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain

