Artis / Selebriti
” Mula-mula tu rasa kesian, tapi bila abang dah mula baca mentera, anak beranak saya habis gelak, haha.. ” – Komen Netizen

Azhan Rani kongsi video behind the scenes lakonannya dalam drama Seribu Tahun buat ramai terhibur. Scene yg unpredictable, lawak sungguh. Macam mana kru boleh tahan gelak yer masa rekod scene ni, haha..
Pelakon Azhan Rani sememangnya dikenali ramai. Azhan antara pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni dan sangat berbakat dalam bidang lakonan. Boleh dikatakan semua drama lakonan Azhan pasti mendapat pujian daripada para penonton.
Terbaru meninjau di akaun Instagram, Azhan ada memuatnaik video behind the scenes lakonanya dalam drama berepisod iaitu Seribu Tahun. Menerusi video itu, Azhan sedang mengira daun kering yang ada pada tangannya dan membayangkan daun kering itu adalah wang.
Namun, telatah Azhan ketika berlakon scenes itu telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan scenes tersebut sangat mencuit hati dan menyifatkaan Azhan seorang pelakon yang sangat berbakat. Seloroh warganet lagi, mereka juga terhibur melihat kru yang terlibat boleh menahan ketawa ketika scenes ini direkodkan.
Selain itu menerusi posting lain pula, Azhan turut memuatnaik salah satu babak drama tersebut yang memaparkan Azhan mengatakan Erma Maembong tidak cantik dan memiliki kulit yang sangat putih seperti kain kapan. Sehingga kini, perkongsian oleh Azhan menerima ratusan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton telatah Azhan ketika berlakon dan memberikan pelbagai respon. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Mula-mula tu rasa kesian, tapi bila abang dah mula baca mentera, anak beranak saya habis gelak, haha.. Memang kelakar betul.. “
” Sya doakan Abg menang awards pelakon lelaki terbaik. Lakonan Abg mmg mantap.. KLu lontarkan skrip tue sya sendiri tak tau nak gelak ker nak sedih ker atau mcm mane, haha.. “
” Sori Abg , tersekat kesedihan saya.. Tak henti saya ketawa, kelakar sangat lah Abg.. Dah tak dapat nak tahan mulut ni nak ketawa.. “
” Tahu nak ckp pada awl sedih cerita ni skrg confius nk sedih ke nk ketawa.. Arghh help.. Azhan Rani, kami peminat setia awak.. “
” Scene yg unpredictable, hahahaha… Tak boleh blah, spontan ke macam mne ni.. Yg depan tu bleh tahan gelak ehh.. Kalau sya dah tersebur dah ketawa.. “
” Mcm mne dorg boleh than gelak… Kalau aku yg jadi tukang record, mahu gelak tak berhenti.. Terbahak2 saya part ni. Tak jd nak kesian
” Tak perlu ropa yg helok utk success.. Cukup bakat yg diberi Allah.. Kdg2 tgk tak tau nk gelak ke nk sedih.. Mmg menjd lh watak.. “
Azhan memang seorang pelakon yang hebat dan bijak menjiwai watak yang diberikan. Bak komen warganet, Azhan layak mendapat anugerah sepanjang penglibatannya dalam industri seni. Apa-apa, drama Seribu Tahun ini sangat menarik dan jangan lupa menontonnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG azhan_rani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Anggun sungguh Jemyma. Royal style, her face pun nampak vibes puteri raja.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Bagus cara Syafiq tu, halus je dia bagi ayat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kakak bagi hint gender baby lah. Lama tau kita tenung skrin tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meminta erk si Ipan ni, tak behave. Kak Ya dah bagi isyarat tangan tu, habislah Ipan, haha.. ” – Komen Netizen