Artis / Selebriti
” Mula mula malu je, lepas tu terus jadi Pak Maun. Tetap keluar step zapin dia tu, haha.. ” – Komen Netizen
Mengimbau memori Akademi Fantasia, Mawi dan Nubhan gegarkan pentas Gegar Vaganza dengan menyanyi dan menari lagu Menuju Puncak. Alahai kelakarnya Mawi menari, masih sama macam dulu. Langsung tak berubah, hehe..
Pentas Gegar Vaganza 12 semalam riuh dengan kehadiran Mawi. Mawi yang menjadi pasangan duet bersama rakannya, Nubhan menyampaikan lagu Kian dengan cukup bertenaga. Persembahan Mawi dan Nubhan mendapat pujian daripada para juri.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan suasana ketika Mawi bersama Nubhan menyanyikan kembali lagu team Akademi Fantasia, Menuju Puncak. Mawi pada awalnya agak malu-malu dan Nubhan memulakan nyanyian sambil menari.
Ketika korus dinyanyikan, Mawi secara tiba-tiba bersemangat dan turut menari bersama Nubhan. Bagi peminat Mawi yang mengikutinya dari zaman AF3, tarian Mawi memang menghiburkan hati. Dari dulu Mawi agak kaku dalam hal berkaitan tarian.

Komen warganet, tarian Mawi dulu dan kini tetap sama. Dari step zapin, akhirnya seperti tarian Pak Maun pula. Bersorak semua penonton di auditorium melihat gelagat Mawi dan Nubhan. Bergema lagu Menuju Puncak kerana penonton turut menyanyi bersama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masa af3 mawi ada isu paling keras menari. skrg pon masih keras haha.. mawi naik sheikh.. lupa diri jap member haha.. “
” Tetap keluar step zapin dia tu haha.. menari tetap sama.. Tetap ngan step kayu dia wakakakkaka mawi mawi hahahhaa.. “
” Mula mula malu je, lepas tu terus jadi pak maun. mawi mawi lawak betul menari tu.. sporting lah mawi walaupun menari tu kayu haha.. mawi dari AF sampai sekarang joget macam tu, haha.. “
” Kenapa Mawi macam buat poco poco je tu haha.. Sekali dia bukak langkah hahaha.. best betul zaman zaman AF, memang tak terlepas setiap minggu.. “
” Mula-mula mawi macam blur… masuk corus dia terus menggila.. Mawi zapin ke tu haha.. macam dato red ler pulak mawi ni.. “
” Im the one yg membesar di zaman AF1 hingga akhir..memori sgt… eleh kitorang pun hafal sampai sekarang step tu.. mengimbau betul.. “
” Hahhaha. Wei aku baru lepas operation Appendix. Tengok ni jd bgegarrr perut.. mawi tetap comel menari, still sama still kayuh gak tarian dia.. “
Berdekah Mawi selepas tariannya itu selesai, Mawi sememangnya ‘comel’ menari dari zaman AF sampai lah sekarang.Namun Mawi tetap sporting melayani permintaan peminat. Semoga Mawi terus maju jaya dalam karier dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhhh meremang dengar dia bawa lagu ni. Lain daripada yang lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli

