Artis / Selebriti
” Muka Yusry dah hang di situ. Auto berpeluh Yusry, masaklah haha.. ” – Netizen
Video Reaksi Wajah Datuk Yusry Abdul Halim Akibat Tersilap Menyambut Salam Seorang Model Wanita Buat Warganet Terhibur. Aiyokkk Datin Lisa Surihani Dah Tepuk Peha. Lagi Bertambah Cuak Muka Yusry, Hehe !!
Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani antara pasangan selebriti yang disenangi ramai. Sama cantik sama padan, pasangan ini juga sangat merendah diri, tidak sombong dan peramah dengan semua orang yang berada di sekeliling mereka.
Meninjau akaun Instagram Rotikaya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Yusry dan Lisa ketika berlangsungnya majlis Ariani Lebaran Fashion Show 2024. Pada awal video, kelihatan Yusry sudah berada di tempat yang disediakan, manakala Lisa masih belum tiba di kerusinya.
Salah seorang model wanita yang berada di sebelah Yusry menghulurkan tangan untuk bersama dan Yusry secara spontan menyambutnya. Mungkin kerana ingin menjaga air muka model berkenaan, terpaksa lah disambut, namun dapat dilihat wajah serba salah di wajah Datuk Yusry selepas itu.

Kena pula Lisa datang dan duduk di sebelahnya sambil menepuk-nepuk peha, ish semacam eh. Lagi seronok lah warganet mengusik Yusry. Dah kelat wajah Yusry melihat isteri kesayangan bagi senyuman manis sebegitu. Jangan tidur luar sudah lah yer Yusry, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Kadang-kadang kita tanak salam tapi bila orang hulur tangan di jadi auto weyh.. sebab di macam nervous plus tak sedar haha.. ”
” Yusry tu rasenya gelabah… Sb tbe² org tu hulur tangan nk salam. pastu mula blur kawan tu haha.. dengar semalam Yusry tidur luar, betul ke haha.. ”
” Muka tak boleh cover, nampak sangat ketar nak balik haha. muka yusry be like “hbeh laa aku kena tido luar blek ni” haha.. ”
” Bile tenung takde pertanyaan lagi ketar… isyarat mata jer haha. Muka lisa sambil tepuk tangan tu.. lepastu muka Yusry “Allah sumpah I tak sengaja” haha.. ”
” Hahaha muka yusry dah hang di situuu.. kita tumpang kesiann.. masaklaa kau haha. mesti dalam hati yusri ‘kenapa aku sambut salam dia’ hehe.. ”
” Roh Yusry macam dah keluar dari badan haha. Yusry tak berani angkat muka dah. muka yusri dah pishang tu, masa lisa tepuk-tepuk. Habis la.. ”
” Muka Yusry sebelum dan selepas haha. Auto berpeluh Yusry.. muka after tu lawak weyh.. Yang Lisa lak duk tepuk-tepuk peha dan macam bentara guru dan aku tengok. Siap ko pak maon.. ”
Ini namanya kejadian luar perancangan, ‘masak’ lah Yusry hendak menjawab dengan Lisa. Apa-apa pun, ini hanya lah gurauan dan usikan warganet kepada merpati dua sejoli ini sahaja. Semoga pembaca juga turut terhibur sama menonton video ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roti kaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen



