Artis / Selebriti
” Muka macam daddy la Ibu, memang special sangat hadiah dari Ibu.. ” – Shuib

Shuib Sepahtu Luah Rasa Syukur Dapat Bertemu Dan Menyentuh Anak Bongsunya, Ayash Affan Buat Pertama Kali. Hadiah Istimewa Pen1nggalan Arw4h Siti Sarah !!
Menerusi Instagram Story, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu berkongsi berita gembira sempena hari kelahirannya yang ke 37 semalam bersamaan 12 September 2021. Shuib memaklumkan akan bertemu dan menyentuh anak bongsunya yang kini berada di NICU buat pertama kalinya pada hari ini.
Umum mengetahui, anak bongsu Shuib bersama arw4h isterinya, Siti Sarah yang diberi nama Ayash Affan telah dilahirkan secara pramatang pada 6 Ogos yang lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum ini, hajat Shuib untuk menatap wajah anak mereka terp4ksa ditangguhkan atas nasihat pihak h0spital untuk mengelakkan sebarang risik0 terhadap jangk1tan C0vid-19. Akhirnya Shuib dapat berpeluang untuk bersua muka dengan ‘hadiah terakhir’ yang diterima oleh arw4h isterinya itu.
Hari ini menerusi Instagram Story juga, Shuib meluahkan rasa syukur kerana telah dipertemukan dengan baby Ayash dan dapat meluangkan masa bersamanya selama 3 jam. Shuib turut memberitahu wajah baby Ayash mempunyai iras wajahnya dan merupakan hadiah istimewa daripada Siti Sarah.
Baca perkongsian di bawah :
Sebelum bertemu dengan Ayash, Shuib turut memuatnaik kata-kata yang pernah diucap oleh Sarah secara berulang kali agar menyuruh Shuib menjaga anak keempat mereka ini. Shuib berjanji akan menjaga permata hati mereka itu dengan baik sehingga menjadi anak yang soleh.
Tambah Shuib lagi, Ayash akan dididik untuk selalu mendekati Allah agar menjadi anak kebanggaan mereka di dunia dan juga di akh1rat kelak. Shuib turut mohon doa agar dirinya kuat untuk menjalani hidup ini bersama anak-anak.
Alhamdulillah, akhirnya hajat Shuib telah dimakbulkan oleh Allah. Pastinya anak-anak yang lain juga tidak sabar untuk menatap wajah adik kesayangan mereka itu. Datuk Ayash, Raissuddin juga pasti teruja untuk bertemu dengan cucunya itu tidak lama lagi. Semoga Ayash membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen