Artis / Selebriti
” Moga Allah angkat segala kesedihannya diganti dengan kegembiraan.. ” – Komen Netizen
Perkongsian rakaman curi-curi keadaan Kamal Adli di set lokasi penggambaran buat warganet tersentuh hati. Sebaknya tengok wajah Kamal tu..
Banyak yang berubah dalam kehidupan pelakon Kamal Adli selepas perpisahannya bersama mantan isteri, Uqasha Senrose. Kamal yang dikenali sebagai seorang yang ceria dan happy go lucky kini dalam fasa menenangkan hati dan perasaannya ekoran kemusnahan rumahtangga yang dialami.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Melodi TV3, telah dikongsikan satu rakaman video yang diambil secara diam-diam oleh Syafiq Kyle ketika mereka berada di set penggambaran. Menerusi video itu, kelihatan Kamal sedang duduk bersandar pada badan lori sambil bercakap di talian.
Tidak diketahui butir perbualan Kamal, namun reaksi wajah Kamal yang sugul menyentuh hati warganet. Ramai yang bersedih melihat Kamal dalam keadaan begitu. Komen warganet di ruangan komen, Kamal tidak lagi aktif di Thread seperti sebelum ini.

Seakan hilang dari radar, peminat merindui jenaka spontan Kamal yang rajin melayani komen-komen peminat. Pastinya perasaan Kamal sedang bercampur baur memikirkan segala yang terjadi dalam hidupnya itu. Hidup perlu diteruskan walaupun perit untuk menerima perpisahan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Teringat dlu FA masih lps cerai. Harap semangat dia akn kembali pulih dan dpt pganti yg baik utknya.. mungkin Kamal rindukan anak kot tu.. xpe kamal, Allah pasti rencanakan yang terbaik untuk kamal.. “
” Allah ada ..insya Allah ada laaa tu bidadari kiriman tuhan untuk Kamal yg baik . Berikan pengganti buatnya yang solehah, penyejuk mata penenang jiwa amin Aamiin.. “
” Take care of yourself kamaladli . Be strong.. bangkit la, insha Allah doa tapi tak semudah yang berkata kata.. ramai yang sayangkan kamal dan sokong kamal.. “
” Terus berdoa kamaladli .. tiada yng mustahil bagi Allah. Saya pernah di fasa yng sama, setelah berpisah bt haluan masing2 tp tiada siapa tahu rahsia Allah. Bertemu balik selepas 9tahun dan nikah balik.. Semoga yng baik2 dan dpt jodoh yng baik Aamin.. “
” Moga Allah angkat segala kesedihan nya di ganti dgn kegembiraan.. take ur time Kamal.. Allah akan berikan yang terbaik untuk Kamal.. “
” Nmpk sngt dia betul²sayangkan keluarganya… tp apakan daya.. Sudah tertulis di Loh Mahfuz… In sya Allah… Allah gantikan dgn yg lebih baik.. “
” Bagilah dia bertenang, semoga dipermudahkan segala urusannya.. Insha Allah dapat lebih baik nanti macam Fattah Amin. doakan ramai ramai guys.. “
Apa yang warganet nampak cuma luaran Kamal, dalaman hanya Kamal yang lebih tahu hati dan perasaannya kini. Semoga ada cahaya bahagia untuk Kamal pada masa akan datang. Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambaNya. Semoga Kamal terus kuat demi masa depannya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meloditv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

