Artis / Selebriti
” Meremang lagi aku dengar, dapat duet dengan legend. Tuan punya lagu tu Amir.. ” Netizen

Video Adik Amir The Chosen One Membuat Persembahan Di All Stars Gegar Vaganza Live+ Buat Ramai Tersentuh. Wah Siap Duet Dengan Mamat Exist Dan Ezad Lazim Menyanyi Lagu Untukmu Ibu. Menusuk Ke Hati, Memang Padu Lah !!
Dari rimba ke pentas, anak kecil ini mencari peluang untuk menjadi sebutir bintang. Amir semakin dikenali ramai selepas terlibat dalam program The Chosen One dan bakal ke peringkat separuh akhir pada minggu akan datang. Selain dipanggil ke konti radio, Amir juga dijemput ke rancangan All Stars Gegar Vaganza Live+ semalam.
Meninjau akaun Tiktok rasmi Amir Sisi, video Amir menyanyi sepentas bersama Mamat Exist dan Ezad Lazim dikongsikan. Tertulis pada ruangan kapsyen berbunyi ‘ Hanyalah seorang anak kecil dari belantara yang ingin berjaya di pentas utama’. Rezeki Amir apabila Mamat dan Ezad yang selesai membuat persembahan sudi berduet dan menyanyi bersama-sama Amir.
Alunan lagu Untukmu Ibu dendangan Amir memang meruntun hati semua yang menonton rancangan tersebut. Bergabung pula dengan penyanyi asal, makin membuatkan ramai yang tersentuh. Aura Amir ni makin menjadi-jadi dari hari ke hari.
Semestinya ramai yang teruja dan ingin melihat Amir menyanyi sepentas bersama pemilik asal lagu yang telah mempopularkan Amir. Amir sememangnya sangat bertuah dapat berduet dengan Mamat dan Ezad.
Jom tonton video perkongsian di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Hanyalah seorang anak kecil dari belantara yang ingin berjaya di pentas utama.#ohibu #termojproduction #berandatiktok #fypシ #amirsisi @Termoj Production
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Video Adik Amir menghiburkan semua penonton di dewan ketika iklan. Amir nyanyi lagu Sesungguhnya yang membuatkan ramai tersentuh. Suara Amir ni memang suara emas lah, makin mendayu dan terasa di hati.
@amir.sisiunukoffi Rezeki Amir dapat belanja peminat di GV,inshaa allah ada rezeki Amir nyanyi atas pentas pulak#amirsisi #tco #fypシ #berandatiktok #termojproduction @Termoj Production
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Perkongsian ini telah pun meraih lebih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Meremang lagi aku dengar. siap si amir bergabung dengan penyanyi asal , mantap amir sisi semoga berjaya selalu anak bertuah.. ”
” Subhanallah.. kau hebat sngt adik Amir.. nang1s acik di buatnya.. tma ksih cikgu2 Amir.. kerana membimbing adik Amir sehingga berjaya.. ”
” Woww amir.. satu pentas dengan tuan punya lagu.. dapat duet dengan legend tu amir.. tahniah amir sayang, jadi kebanggaan dan kesayangan.. ”
” Semoga adik amir sukses.. dikepit oleh uncle mamat dan uncle izad.. meledakkk gempak lah Amir.. kenangan Manis utk unuk, celon n cikgu2nya.. tahniah amir.. ”
” Terbaik amir diapit oleh dua legend exist.. sebak sgt part mamat dgn ezad masuk, tak sangka amir berada di tahap sekarang, terima kasih cikgu didik amir.. ”
” Alhamdulilah ini kej0tan nye ye.. terbaikk kiri dan kanan ada legend nyanyi bersama-sama Amir. nampak handsome amir.. ”
” Muke steady je amir sebab dia tak kenal penyanyi asal lagu nie. artis /selebriti da mencari dia .terbaik amir.. dapat duet dgn legend2.. ”
” Untung la.. Di apit dgn org legend2.. Owner punya lagu plak tu… Acik suka.. nanti ada rezeki join konsert dengan mamat dan Ezad pulak.. ”
Beruntungnya Amir, ini yang dikatakan rezeki ayam nampak di kaki, rezeki orang tak siapa yang tahu. Bukan semua orang berpeluang menyanyi sepentas bersama Mamat dan Ezad. Semoga semakin bersinar Amir dalam dunia seni dan menjadi bintang terkenal pada masa akan datang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi , IG Mstaronline
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen