Artis / Selebriti
” Meremang, improvement yang kaw kaw. Ada talent yang sangat luar biasa.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Thalita di suku akhir Talk To My Manager membawakan lagu Karena Ku Sanggup dan Matahariku raih pujian ramai. Fuh Thalita tapau habis lagu Agnes Monica. Padu betul suara Thalita, serius meremang dengar. Juri pun bagi standing ovation..
Rancangan realiti, Talk To My Manager telah pun memasuki minggu suku akhir semalam. 7 orang peserta meneruskan cabaran untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir dan salah seorang yang dinanti-nantikan persembahannya adalah Thalita.
Untuk minggu kelima ini, Thalita mendapat tugasan untuk membawakan lagu popular dendangan Agnes Monica berjudul Karena Ku Sanggup. Namun percaturan daripada Shuib nyata memberikan impak pada persembahan Thalita apabila menggabungkan juga lagu Matahariku.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan hebat daripada Thalita semalam. Thalita memberikan yang terbaik untuk nyanyiannya itu. Vokal yang padu dan teknik kawalan nafas Thalita banyak improvement pada minggu ini.
Ramai juga yang menyifatkan suara Thalita ini saling tidak tumpah seperti suara arwah ibunya, Siti Sarah. Lenggok dan tone suara Thalita sama seperti ibunya. Lagu Matahariku juga antara lagu yang pernah Sarah bawakan ketika berada di pentas Gegar Vaganza beberapa tahun yang lalu.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Thalita tapau lagu Agnes Mo ya 🥰🔥 Thalita X Shuib 🎤✨ Talk To My Manager minggu kelima! Setiap pasangan berjuang bukan sekadar dengan bakat, tapi strategi pengurusan daripada orang tersayang! 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro Go • sooka 👑 Hos: Datuk Aznil Hj. Nawawi Juri: Che Puan Sarimah & Dato’ AC Mizal #f8buzzhiburan #TalkToMyManager #AstroRia #RealityShow #thalita
Hampir 5000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” She is definitely a Ferrari Masha Allah. Thalita is amazing. makin lama nampak makin sama note dengan arwah.. “
” Siti Sarah nvr leave us , she’s in talita… wow really make ur fmly proud…. Very good talent.. jelmaan ibu sangat ni dekta.. “
” Progress Thalita from mula menyanyi until skrg dalam masa yg singkat menunjukkan yang dia mmg ada talent yg sgt luar biasa. Even at 12years old boleh produce this kind of projection and “jiwa” shows she has a very good musicality.. “
” Her voice just like arwah.. Goosebumps Sebiji arwah ibu.. makin improve suara talita.. Arwah sarah permah nyanyi lagu ni dekat GV3 dulu .. memang meremang arwah sarah bawa smpai skrg sya still tgok.. “
” Pakai high heel arwah ibunya alhamdulillah akhirnya kasut ibunya muat dipakai.. fly high chase your dream to be a good singer thalita_shuib like your late mom.. “
” Talita remang terokss.. sumpah rindu sarah.. u low note , improvise mmg sama bnyi nye ngn ibu.. makin lama makin perfect. naik bulu roma ni dengar suara talita. sedap sangat lah.. “
” Tone hujung tu sama bunyi tone arwah mak dia… best thalita.. meremang, improvement yang kaw kaw.. Luar biasa Bukan saja terletak setiap nada, jiwa n transisi nota lagu tepat mengena.. “
Siapa sahaja yang tidak terpegun melihat persembahan Thalita ini. Malah juri juga memberikan standing ovation untuk Thalita. Paling bangga tentu lah Shuib dan Atok Raissuddin. Sarah telah tiada tetapi Sarah hidup dalam jiwa Thalita yang mengubati rindu semua.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 hours ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kata-kata yang betul-betul menusuk kalbu. Tiada ambil hak sesiapa, Allah sentiasa ada untuk kalian.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris