Artis / Selebriti
” Meremang dengar suara Umai dengan Tokti. Best combo ni, dua-dua merdu.. ” – Komen Netizen
Video Paduan Suara Umairah Bersama Ibu Saudaranya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Raih Pujian Ramai. Fuh Makin Padu Lah Suara Umai. Lunak Merdu Macam Tokti Suaranya, Hampir Tertukar !!
Anak sulung kepada Siti Saerah Tarudin iaitu Umairah memiliki suara yang sedap sama seperti ibunya itu. Anak saudara kepada penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini juga antara yang terpilih ke peringkat akhir pemilihan Team Malaysia bagi World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2024.
Menerusi akaun Instagram Umairah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Umairah membuat persembahan bersama DS Siti. Paduan suara Umairah dan DS Siti tidak mengecewakan dan mendapat pujian ramai. Tiada lagi suara kanak-kanak Umairah dan kini suaranya sudahpun dewasa.
Lunak merdu suara Umairah persis suara DS Siti. Pasangan anak saudara dan ibu saudara ini menyampaikan lagu Bukan Cinta Biasa. Umairah membawakan lagu ini dengan cukup baik. Sekali pun lagu ini bernada tinggi, Umairah mampu mengawal tone suaranya dan DS Siti melengkapkan lagu persembahan mereka berdua.

Persembahan nyanyian sudah menarik, ditambah pula gerak tari oleh backup dancer di belakang pentas, lagi memeriahkan suasana. Memandangkan ianya diadakan ketika majlis sambutan ulangtahun kelahiran Aafiyah dan Afwa, berbagai-bagai ragam kanak-kanak menari dapat dilihat di atas pentas.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nice umai…. Tokti ni… Bagus tokti jaga suara dari muda sampai sekarang… Dua-dua merdu.. kalau pejam mata tak tengok video, tak tahu pun tu suara Umai. iras tokti betul.. ”
” Padu lah Umai.. untung mak2 sdara ada umai yg suara merdu mcm mak iti.. lagi untung ibu umai.. smga umai terus berjaya mcm mak iti yer.. ”
” Umai semakin remaja, semakin cantik. Sedapnya suara Umai sekarang. dah suara remaja, takde dah suara kanak-kanak macam dulu.. ”
” Best combo ni, mak saudara mmg suara super power. anak saudara pun tak kurang hebatnya. Boleh jadi pelapis mak iti ni nanti.. ”
” Sedapnya suara Umai, ingatkan suara tokti tadi. Makin dewasa makin lunak merdu suara umai. terus terbang tinggi Umai.. ”
” Makin matured vokal umai. tgok umai dulu rasanya kecik lagi kt ceria megastar ke apa lupa.. ahaha tau-tau dah besor.. ”
” Meremang dengar suara umai dengan tokti. suka lah suara umai dan tokti, merdu sangat. dah dewasa umai, pelapis tokti Insha Allah.. ”
Vokal Umairah semakin padu dan lebih bagus berbanding dahulu. Tak mustahil, Umairah boleh menjadi pelapis untuk legasi DS Siti Nurhaliza selepas ini. Apa-apa pun, nyanyian yang menarik dan sedap didengar daripada Umairah dan DS Siti. Semoga terus bersinar pada masa akan datang Umairah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Umairah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

