Artis / Selebriti
” Meremang dengar dia nyanyi. Dari suara orang cakap biasa-biasa sahaja dulu, now suara dia very amazing.. ” – Komen Netizen
Video anak arwah Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra menyanyi lagu Mangu raih pujian warganet. Alahai sedapnya suara Thalita menyanyi lagu ni. Nampak manis sangat Thalita bila bertudung seperti itu. Cantik sungguh..
Anak perempuan tunggal arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin, Dzahira Talita Zahra ini mempunyai bakat dalam bidang nyanyian seperti arwah ibunya. Minatnya terhadap dunia hiburan begitu menyerlah, apatah lagi turut mendapat sokongan kuat daripada keluarga terutama bapanya sendiri iaitu Shuib.
Meninjau di akaun Instagram milik Siti Sarah, telah dikongsikan video yang memaparkan Thalita sedang menyanyikan lagu bertajuk Mangu. Menerusi video itu, kelihatan Thalita mengenakan tudung dan sedang menyanyi di atas katil dengan keadaan yang santai sahaja.
Sekali lagi, perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum mendengar nyanyian Thalita. Tulis warganet, suara Thalita semakin hari semakin merdu dan sudah banyak peningkatan yang baik dari segi vokal.

Ada juga memuji Thalita kelihatan cantik apabila mengenakan tudung seperti itu dan sekali pandang Thalita sangat seiras seperti Siti Sarah. Sehingga kini, video Thalita menyanyi lagu Mangu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Makin sedap suara Thalita, lunak macam suara arwah ibu. Thalita bawa lagu mcm ni sedap gila dengar.. Sedap sangat2, tak tipu.. “
” Improve gila suara Talita lpas bljr dgn abg Ajai.. Keep fighting Talita.. Cantik lah Talita bila bertudung.. Nampak dari tepi dah ada iras wajah ibu.. “
” She’s improving day by day, loveee nyaaaa rasa smpai jiwa aaa, keep it up.. makin besar Cikta .. makin nampak Siti Sarah …Rinduu btul rasanya.. “
” Wehhh dia bnyk bnyk improveeee dri suara dia biase je like no echo at all, now her voice veryyy amazingggggg.. “
” Kalau keturunan dah memang penyanyi memang auto anak anak pandai nyanyi , gentle do . Goodluck for your future dear.. “
” Meremang aku dengar dia nyanyi.. Sedap sangat.. Terima kasih yang pernah hina dia dulu , now tengok lah dia dah bukti kan.. “
” Dari side tepi muka ibu, alfatihah utk ibu awak tata… Suara pon cantik mcm awak dh, teruskn ok dont giveup abaikn kata ii negetif.. “
Thalita bukan hanya mewarisi kecantikan ibunya, malah vokalnya juga dikatakan seakan-akan sama. Apa-apa pun, semoga Thalita terus maju jaya dalam bidang yang diminatinya dan terus menjadi anak yang baik buat ibu bapanya. Jangan sesekali berputus asa dan abaikan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sitisarahraissuddin, TikTok lovetahq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil

