Artis / Selebriti
” Menghiburkan lah Paknil ni. Mesej sampai akhirnya, bijak Paknil.. ” – Netizen
Video Paknil Menangani Masalah Pelancong Asing Yang Bercakap Kuat Di Dalam ETS Buat Ramai Terhibur. Selamba Je Paknil Borak Bahasa Melayu, Dah Macam Ayam Dan Itik Mula-Mula Tu. Ayat Last Paknil Tu Kelakar. Sempat Eh Paknil Sindir, Haha !!
Meninjau entry di akaun Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Paknil dalam perjalanan ke Butterworth. Paknil menggunakan perkhidmatan ETS dan satu kejadian terjadi ketika train sedang bergerak.
Cerita Paknil, di dalam train itu terdapat kumpulan pelancong asing yang mana duduk di belakang dan hadapan Paknil. Mereka adalah dari negara China dan bercakap dengan suara yang agak kuat. Kata Paknil, mungkin kerana terpisah tempat duduk membuatkan mereka bercakap seperti menjerit-jerit.
Paknil menggunakan pendekatan cuba berkawan dan berborak dengan pelancong asing itu. Paknil dengan penuh yakin bercakap dalam bahasa Melayu. Oleh kerana tidak memahami apa yang Paknil ucapkan, pelancong itu membuka aplikasi translator di handphone.

Maka perbualan pun bermula dan antara soalan Paknil kepada pelancong itu mengenai asal mereka dan berapa lama sudah berada di Malaysia. Ada seorang mat salleh yang duduk di kerusi paling belakang hanya ketawa sahaja mendengar Paknil berborak dengan pelancong asing itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Paknil ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahan jelah haha.. tergelak-gelak mat salleh tu.. tengok paknil gula-gula kan mereka haha.. Paknil U The Best.. Salute Tinggi Tinggi.. ”
” Yang last tu “jangan bising tau” .. menghiburkan lah pak nil ni.. Mesej sampai akhirnya.. bijak paknil ni hehe.. ”
” Level confident paknik nk tegur mcm tu sambil record memang level mahaguru lahhh.. Menghiburkan, yang last tu jangan bising tau haha. ”
” Seronok tgk gelagat PakNil ngn depa tu, cakap bahasa melayu je, terbaik PakNil. Jangan bising tau tu terus berdekah kita haha.. lawak paknil.. ”
” Paknil kenakan dia orang haha.. terbaik lah paknil.. cara terbaik nak tangani orang macam ni.. ”
” Dekah aku part mat saleh tu jawab. kesian Paknil, mesti stress kan.. kelakar lah paknil ni, sempoi. Bagus datuk, cara terbaik memerli hehe.. ”
” Win terbaik lah Paknil. Ada-ada je paknil ni.. aku pun dah kena weh, dari penang sampai kl sentral. bingit weh telinga.. ”
Betul kata Paknil, pilihan di tangan kita sama ada nak keruhkan keadaan atau sebaliknya. Cara Paknil menangani masalah ini dengan mengajak mereka berbual untuk menyampaikan message tersirat memang harus dipuji. Salute lah Paknil, bijak dan sangat profesional.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aznilhjnawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti1 day ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Takde macam merajuk ke. Korang ni, nasib baik YB tak angkat call tadi yer.. ” – Bella Astillah

