Artis / Selebriti
” Mengakak tengok part dia cabut menda alah tu. Keras perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Pak Azad menyertai aktiviti paranormal bersama Cik Lan buat ramai terhibur. Serius lawak part Pak Azad buat-buat pengsan dan tiba-tiba cabut neck braces tu. Macam tu je dia buang sebab takut. Berdekah gelak, haha..
Cik Lan aktor kelahiran kota Singa kini aktif membuat video paranormal bersama tetamu-tetamu jemputannya. Jika sebelum ini, Sajat, Dato’ Seri Vida dan Dato’ Adi Putera mengikuti pengembaraan paranormal Cik Lan, kali ini team 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin Era pula menyahut caburan menyertainya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era dan Tiktok Syanir83, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan part Pak Azad bersama Cik Lan. Untuk team 3PE, mereka bergilir-gilir menyertai Cik Lan dan pelbagai peristiwa terjadi yang mencuit hati.
Pak Azad yang dari awal sudah membuatkan warganet berdekah ketawa. Dek kerana terlalu gementar sampai terkentut-kentut Pak Azad dibuatnya. Menerusi video ini pula, ketakutan Pak Azad setelah mendengar suara perempuan mengilai mencuit hati warganet.

Memetik komen warganet, episod kali ini bukan paranormal tetapi lebih kepada ‘parakelakar’. Dari awal sehingga ke akhir, gelagat Pak Azad mencuit hati ramai. Boleh pula Pak Azad buat-buat pengsan dan lebih berdekah apabila Pak Azad tiba-tiba mencabut neck braces yang dipakai di lehernya dan dibuangnya begitu sahaja.
Jom tonton video di bawah :
@syanir83
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suara mengilai tu seram tpi dlm masa yg sama sakit perut aku gelak tgok pak azat haha.. Ini paralucu ni haha.. “
” Klau sampai menjerit mcm ni hantu pun terkejut lari habis pakazad.. muka takut pak Azad lucu wehh hahahah.. “
” Pak Azad ni kan kelakar, aku tak jadi takut dah gelak sakit perut.. first time tgk paranormal pnggil ambulance.. “
” Confirmmmm isteri pak azad gelak sampai takde suara. ni seram ke lawak… adoiii smpai kluar air mata.. “
” Setakat ni aku rasa ni paling lawak lah.. pecah perut aku gelak. pecah perut bini masing-masing gelak ni.. lawak betul pak azad join paranormal.. “
” Hantu tu memang ada tapi diorang lebih pilih bergelak tawa tengok reaction diorang ni hahaha.. pak Azad bt pengsan2 pulak..adoiii sakit perut aku.. “
” Aku la.. mengakak tgk part dia cabut menda alah tu.. haru biru lah haha.. keras perut ketawa tengok pak azad ni.. “
Pak Azad punya tahap penakut boleh kalah DSV dan Sajat. Sempat lagi Pak Azad mencabut neck braces, part yang paling mencuit hati. Gelagat tetamu Cik Lan untuk paranormal episod ini memang kelakar semuanya. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Syanir83
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

