Connect with us

Artis / Selebriti

” Memula-mula aku percaya tau, 4 kali tengok baru dapat jawapan. Lawak lah Kamal, haha.. ” – Netizen

Video Uqasha Senrose Meraikan Ulangtahun Kelahiran Suaminya, Kamal Adli. Namun Usikan Kamal Terhadap Uqasha Buat Ramai Terhibur. Pemandangan Tu Memang Nampak Real, Bak Kata Kamal Pergi Balik Hari Je. Berdekah Uqasha Gelak, Haha !!

Meninjau di akaun Instagram pelakon Kamal Adli, telah dikongsikan video dan beberapa gambar yang memaparkan Uqasha Senrose meraikan ulangtahun kelahirannya. Menerusi video itu, kelihatan pasangan ini sedang duduk di sebuah meja.

Kamal yang sedang merekod video mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana menyambut ulangtahun kelahirannya dan membawa pergi ke Paris meskipun masih dalam suasana hari raya. Mendengar apa yang dikatakan oleh Kamal, Uqasha berdekah ketawa.

Klik gambar untuk info..

Seloroh Uqasha lagi, mujur dia tidak terberanak kerana terbang jauh untuk menyambut hari lahir suami tersayang. Rupa-rupanya mereka sebenarnya hanya menyambut di rumah dan gambar pemandangan di belakang Uqasha tersebut adalah paparan kaca televisyen sahaja.

Menerusi posting lain, Kamal turut menitipkan ucapan buat Uqasha dan menyifatkan Uqasha sebagai seorang isteri yang tidak tahu erti penat. Meskipun dalam keadaan sarat mengandung, Uqasha tetap mahu menyambut ulangtahun kelahiran Kamal.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video ini, ramai yang turut mengambil kesempatan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Kamal. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Memula-mula aku percaya tau, 4 kali tengok baru dapat jawapan. Lawak lah Kamal, haha.. Happy birthday Kamal, dah tak lama dah nak jadi daddy.. “

” Sannah Helwah brother.. Semoga diberkati & dirahmati awk dan family.. Comel betul tengok Uqasha senyum bila kena sakat dengan husband, hehe..  “

” Bersemut phone tgk korg berdua Ni.. Sweet naw.. Semoga jodoh korg berpanjangan dan kekal bahagia hingga ke syurga, Aamiin.. “

” Wow ke Paris sambutnya hahaha comel sangat lah.. Happy birthday daddy to be.. Semoga dipermudahkan segala urusan kesayangan.. “

” Happy birthday Kamal Semoga panjang umur dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urasan, sentiasa dilindungi Allah dan kekal bahagia bersama isteri tersayang, Amin yra.. “

” Jauhnya sambut besday haha, slmt Hari Lahir Kamal… May Allah bless you always, jaga Sha n baby baik2.. I’m sure you’re going to be a good father n may Allah ease everything for both of you.. “

” Tau tak korang pnya panggilan nampak normal tak macam setengah artis kan kita dengar i you i you hehe. Smoga berbahgia korang, rasa mcm tgk drama pulak.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai sweet sangat pasangan ini, tidak lama lagi bakal menyambut kelahiran anak sulung mereka. Apa-apa pun mungkin masih belum terlambat lagi kami dari Berita Kopak untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Kamal. Semoga segala urusan Kamal sentiasa dipermudahkan, dimurahkan rezeki selalu dan bahagia bersama Uqasha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG kamaladli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT