Artis / Selebriti
” Member belum habis nyanyi dah kena kacau. Yang garu kaki tu tak menahan.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Jalaluddin Hassan Digeletek Oleh Geng Bapak-Bapak Ketika Sedang Menyanyi Karaoke Di Dalam Sebuah Van Buat Ramai Terhibur. Steady Je Tok Jalal Menyanyi. Bak Kata Tok Ram, Tok Jalal Dah Tua, Dah Tak Ada Rasa, Haha !!
Meninjau ke akaun Tiktok Roy Azman, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Jalaluddin Hassan Menyanyi Karaoke di dalam sebuah van bersama geng bapak-bapak telah meraih perhatian ramai. Geng bapak-bapak terdiri daripada Dato’ Ramli MS, Roy Azman, Jatt Ali dan Dato’ Jalaluddin Hassan.
Mereka berempat terlibat dengan program Astro iaitu Travel Lawak Projek Bapak -Bapak. Dalam program tersebut Dato’ Jalaluddin sememangnya sering diusik oleh mereka terutamanya Roy Azman. Kali ini mereka mengusik Dato’ Jalaluddin sedang menyanyi pula.
Ketika Dato’ Jalaluddin menyanyi mereka mengusik dengan menggaru kaki Dato’ Jalaluddin, mengusik belakang badan dan menggeleteknya. Nampaknya Dato’ Jalaluddin masih boleh menyanyi tanpa rasa geli. Tetapi akhirnya tewas juga apabila ramai mengusik, haha.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Ramai yang gemar dengan program Travel Lawak Projek Bapak-Bapak ini yang kini sudah masuk ke musim 3. Empat bapak-bapak ini sememangnya menghiburkan hati penonton.
Jom tonton video di bawah :
@thisisroyazman The Hardest Singing Show… tak cukup kaki, leher abg kerjakan 🤣 #travellawakprojekbapakbapak #thehardestsingingshow
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan geng bapak-bapak ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Just nak cakap travel lawak bapak bapak memang lawak gilo .. Travelawak sambung kat thailand pulak ke? kesian Dato Jalal selalu Kena buli.. “
” Tolong la tak mau tgok projek bapak2 yg lain . nak yg ini je . tiap minggu sy tk lupa tgok tv.. Mcm van Thailand je confirm next season kat Thailand best ni.. “
” Kaki dh kebas…ha ha mangkok kedaung toollll.. geng2 bapak ni almost menghiburkan lov u alls.. moga abah abah smua dlm lindungan Allah dan sihat sllu.. “
” Travel bapak.n lawak semua.. happy pak.. mudah2an ada lg sambungan utk musim 4. Seronok tenggok bapak bapak holiday.. “
” Paling best tkleh lawan ooo travel bapak2. member belum abis nyanyi dh kena kacau..yg garu kaki tu tak menahan.. “
” Program paling win..ank2 berulang tgk.. Seronok dan kelakar tengok bapak bapak bercuti.. semoga sentiasa sihat selalu.. “
” Royyyy sdh lh Tu sakit pipi mkekeke ketawa… btl2 penat roy oiiittt.. tok jalal ni btl2 lawak tq hepikan Kita tgh stress.. “
Kalau tidak mengusik Dato’ Jalal sememangnya tidak sah buat geng bapak-bapak ni terutamanya Roy Azman. Ada sahaja perkara untuk membahan Dato’ Jalal. Apa pun geng bapak-bapak ini sangat sporting dan masing-masing ‘ masuk air ‘. Ini yang membuatkan ramai terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Roy Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak muka papanya, adik muka mamanya. Cantik anak-anak Ameng.. ” – Komen Netizen

