Artis / Selebriti
” Member baru berangan nak motor, sekali bini kantoikan tak ada lesen pula. Haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Zain Saidin Ketika Menemani Che Ta Beli Kain Buat Ramai Terhibur. Kesian Zain, Dah Lah Tak Dapat Tengok Motor. Sekali Che Ta Tarik Tengok Kain Pulak. Pasrah Betul Muka Zain Tunggu Che Ta Pilih Kain. Part Zain Curi-Curi Keluar Pergi Kedai Motor Tu Lawak, Haha !!
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Zain Saidin, telah dikongsikan video yang memaparkan Zain menemani isterinya, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta pergi membeli belah. Menerusi video tersebut, pasangan ini sedang berjalan-jalan di sebuah mall.
Zain berkata mahu membawa Che Ta ke sebuah kedai kain dan sebelah kedai kain itu ada kedai motor. Zain meminta Che Ta untuk memegang barang-barang yang dibeli mereka dan masuk ke kedai kain, manakala dia pula mahu pergi melihat motor-motor yang dijual di situ.
Namun angan-angan Zain itu tidak kesampaian apabila Che Ta mengajak Zain untuk masuk ke dalam kedai kain dan menemani Che Ta memilih kain. Seloroh Che Ta kepada Zain, dia tidak perlu membeli motor kerana Zain sebenarnya tidak memiliki lesen motorsikal.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Che Ta, terus Zain bercakap perlahan meminta Che Ta tidak menceritakan hal tersebut kepada umum. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet kerana melihat telatah Zain yang mencuit hati.
Tonton video di bawah ini :
@zainsaidin23 Apa saja untuk mu kecuali teman shopping @ROZITA CHE WAN 😭 #fypシ #fyp #zainsaidin #rozitachewan #happywifehappylife #isteri #cinta #shopping #inilanasibku
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh wargenet dan rata-rata mereka terhibur dengan video baru yang dikongsikan oleh Zain ini :
” Member baru berangan nak motor, sekali bini kantoikan tak ada lesen pula. Berdekah weh, haha.. Makin kelakar lah laki bini ni sekarang, haha.. “
” Bila wife tya warna merah cantik tak, hijau cantik kan.. Dia bkn minta pendapat. Dia bgtau ja.. Hahaha.. Pasrah teruk muka Zain weh.. “
” Awat kelakar sangat Zain sekarang, hahaa.. Kesian smpai kesudah tak dapat tengok motor.. Wife pegang tangan rapat2 tak bagi p kedai motor.. “
” Hahahhaa muka Zain meraju sebiji Aishah.. Baru tahu perangai dua beranak ni sama, hahaha.. Che Ta sekali bagi ayat memang lawak.. “
” Nasib hang lah Zain oiiii, kena redha lah haha.. Jadi suami ni bukan kena banyak korban, sabaq pun kena banyak juga, hahaha.. “
” Itu lah nasib mu, hahahahaa layan kan jalh isteri mu.. Paling kelakar bila Che Ta minta Zain senyum, hahaha.. Che Ta kata fake.. “
” Baru nak pegang motor dah kena panggil.. Kena bawa wife p jakel pula.. Sabar lah Zain, kita jadi suami ja faham perasaan persatuan suami2.. “
Pasrah betul Zain tunggu Che Ta memilih kain. Part paling kelakar apabila Zain cur1-cur1 pergi tengok motor warna putih tu, sekali Che Ta datang pula. Apa-apa pun happy tengok pasangan ini saling menyakat antara satu sama lain. Semoga rumahtangga Zain dan Che Ta terus bahagia sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok zainsaidin23
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


