Artis / Selebriti
” Memang menurun papa hang la Seth. Adik baby dalam perut tak terkejut ke dengar, haha.. ” – Netizen

Shila Amzah Kongsi Video Nyanyian Ubai Dan Anaknya, Seth Uwais Buat Warganet Terhibur. Adui Papanya Tu Boleh Dah Slow-Slow Simpan Bakat Terpendam. Lagu Seth Tu Ingatkan Lagu Apa Lah. Sekapal Seth Dengan Papa Ni, Haha !!
Kehidupan Shila Amzah bersama Ubai dan si kecil Seth Uwais sangat bahagia dan gembira bersama. Seth semakin banyak bercakap, manakala Ubai pula menjadi teman dan kawan rapat Seth yang selalu membuat Seth ceria dan ketawa. Shila juga semakin bersemangat sejak ada suami seceria Ubai.
Meninjau entry Shila di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ubai dan Seth menyanyi. Kata Shila, bakat menyanyi Ubai nampaknya sudah menurun kepada Seth. Ubai kalau menyanyi memang ke laut dalam perginya.
Seloroh Shila lagi, moga anak di dalam perutnya lebih banyak mendengar suara Shila daripada suara papa dan abang Seth. Mendengar nyanyian Ubai, memang boleh membuatkan dahi berkerut. Lari tempo dan sumbang lah Ubai, hehe.
Seth pula menyanyi seperti bersajak. Perlu diamati dan pasang telinga baru lah boleh mendengar dengan jelas apa yang Seth nyanyikan. Lagu Negaraku rupanya, dengar seperti ‘ selamat batu bata ‘ lirik yang dinyanyikan oleh Seth. Boleh tahan lawak juga Seth ni. Terhibur warganet mendengar nyanyian anak dan ayah itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@shilaamzahofficial Bakat papa @Ubai Mz menurun ke anakπ€£ harap2 adik kat perut mama lagi byk dgr suara mama la berbanding suara papa n abangπ #fyp #karaoke
Perkongsian oleh Shila ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan:
” Memang menurun pak hang la seth. acik dengar banyak kali baru faham selamat batu bata haha. lucu lah Seth, adoiii.. ”
” Saya pun lega bila mendengar khabar batu bata di negara kita selamat semuanya haha.. Dah lama-lama baru sedar tu lagu Negaraku.. ”
” Dia siap nyanyi lagu Negaraku ye haha.. Adik baby dalam perut tak terkejut ke dengar papa dengan abang nyanyi tu haha.. ”
” Terbaik, Seth. Mmg Anak Merdeka. Ubai, nyanyile lagu yg senang nk nyanyi. Ramli Sarip pun ngilu dgr Ubai nyanyi lagu dia. Mga Adik dlm perut warisi bakat Mama nya. Aamiin.. ”
” Macam praktis pidato kemerdekaan ni Seth haha. Syaa kena ajar Ubai dan Seth menyanyi… Last-last tu terpaksa berdiri diam jap haha.. ”
” Buat kami terhibur la 2 beranak ni. Langgar lari betul Ubai nyanyi erk.. Seth tu.. selamat batu bata, menangis dengar haha.. Raja kita, selamat batu bata hahaha.. penat weh ketawa.. ”
” Papa Ubai dan Abang Seth memang boleh sekapal lah haha. Bertakhta tak de lagi kot dalam vocab seth, comelnya.. ”
Terhibur melihat gelagat Ubai dan Seth, penghibur hati Shila setiap hari. Apa-apa pun, semoga Shila, Ubai dan Seth hidup gembira selalu bersama dan semoga adik baby nanti akan mewarisi suara merdu seperti mama. Tak sabar nak tunggu adik Seth keluar.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shilaamzahofficial, IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti24 hours ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen