Artis / Selebriti
” Melting sangat-sangat ni, bersemut tengok Tuanku berdua. Pengantin lama VS pengantin baru.. ” – Komen Netizen

Video Moment Paling Sweet Dan Comel Pengantin Diraja, YAM Tengku Afzan Dan FD Idzham Bersama Kedua Ibu Bapa Pengantin Menari Bersama. Alahai Tengku Afzan Malu-Malu Kena Suruh Slow Dance, Last-Last Panggil Mama Join Sama. Pengantin Lama Pun Bukan Main Sweet Lagi !!
Sama cantik dan sama padan, itu yang dapat diungkapkan untuk pengantin diraja Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan dan pasangannya FD Idzham. Sebagaimana istiadat perkahwinan diraja, majlis resepsi dan bertandang sebelah keluarga lelaki juga tidak kurang meriahnya.
Banyak moment menarik yang dapat dilihat dalam majlis resepsi itu. Antara moment yang paling comel apabila Tengku Afzan dan FD Idzham dipaksa oleh kumpulan pemuzik untuk slow dance berdua. Tengku Afzan kelihatan malu-malu dan memanggil mamanya untuk sama-sama menari.
Meninjau akaun Instagram Inaijari dan Tiktok thissk.8, telah dikongsikan kejadian tersebut. Warganet yang menonton gelagat Tengku Afzan dan ayahanda bondanya ini turut sama terhibur. Sultan Abdullah dan Tuanku Permaisuri Azizah sememangnya sangat sporting.
Bak komen warganet, walaupun pengantin lama sudah berpuluh tahun hidup bersama masih tetap romantis. Kebahagiaan sebenar apabila mempunyai pasangan yang sama-sama saling menyayangi dan menerima segala kekurangan diri dan menjadi pelengkap kehidupan.
Jom tonton video di bawah :
@this7.fans Jom lipat bumi [Majlis Bertandang | 01 september 2024] #fyp #royalpahang #tpa #fdi #tengkuputeriafzan #fdidzham
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Putih je semua baju dia kan tpi cantik je. Nak nangissss laa. happy tengok loves yg overload.. sampai kita dpt rase dlm hati ni.. hebat nya ya Allah.. Tahniah buat seluruh seisi keluarga kedua dua nya.. ”
” Perkahwinan 38 tahun.. masih bersemut oooo.. sultan dan permaisuri yang paling rare.. kena save fav nii.. sooo romantik.. Moga Baginda berdua kekal.bahagia hingga ke Syurga.. ”
” Sebelum jadi isteri i think TPA ni sangat permalu luar biasa , I hardly or can find any video TPA bersuaraβ¦. Now baru dengar suara Tengku.. ”
” Ulang-ulang tengok comel je panggil mama suh menari sama. Melting sangat-sangat ni.. Bersemut tengok tuanku berdua.. pengantin lama vs pengantin baru.. ”
” Love these 3 families. May they remain faithful to one another forever. Tuan Puteri malu menari dgn husband, panggil Mama dan babah temankan.. ”
” Sporting tuanku berdua, tersenyum kita. Aduh comel betul puteri dan bonda ni. kita pulak yang tersenyum-senyum tengok.. ”
” Yang paling romantik baju marron tu. Sultan dan permaisuri paling sporting dan humble. sweet pengantin lama.. no wonder lah princess romantis, ayahanda bondanya lagi romantis.. ”
Sweet sungguh melihat pengantin lama dan pengantin baru bersama-sama menari. Keluarga yang sporting, baik daripada pihak Tengku Afzan mahu pun FD Idzham sendiri. Semoga pasangan-pasangan ini sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia sampai ke akhir hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Thissk.8, IG Inaijari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen