Connect with us

Artis / Selebriti

” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen

Video Hadie Elfardie menjawab soalan wartawan sama ada adil atau tidak ada pertambahan minggu Grand Finale Talk To My Manager raih perhatian ramai. Bagus jawapan Hadie ni, siap backup ibunya, Ina Naim. Cara jawab macam arwah SS sangat..

Anak kepada Ina Naim, Hadie Elfardie antara peserta Talk To My Manager yang selalu menjadi perbualan ramai. Setiap minggu, selepas berakhir sahaja konsert TTMM, video persembahan Hadie selalu meraih perhatian ramai dan dipuji oleh orang ramai kerana peningkatan prestasi yang ditonjolkan.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Dato’ Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, ada pertambahan 1 minggu lagi untuk Grand Finale, pihak wartawan mendapatkan komen daripada Hadie sejurus selepas konsert final TTMM berakhir pada hari Ahad yang lalu. Banyak soalan yang diajukan kepada anak muda berjiwa besar ini.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz dan Tiktok Mybuzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Hadie bersama wartawan. Hadie mengatakan dia terkejut kerana sangkaannya minggu ini sudah penutup untuk TTMM tetapi rupa-rupanya ada 1 lagi konsert.

Hadie juga menjawab sama ada ianya adil untuk Hadie apabila markah pada minggu final tidak dibawa ke Grand Finale dan semua akan bermula dengan kosong kembali. Selain itu, Hadie turut menegaskan isu dikecam baik untuk dirinya atau pun ibunya. Bagus Hadie, sentiasa protect ibunya, sama seperti yang arwah Suhaimi selalu buat.

Jom tonton video di bawah :

@buzzingmalaysia

Komen Hadie mengenai persembahan minggu ini dan persediaan minggu hadapan. Dapat Berduet bersama In Team .. Good Luck #hadie #talktomymanager #fyp

♬ original sound – MYBUZZ – MYBUZZ

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Persembahan Hadie sangat berapi.. syabas Hadie,uncle doakan Hadie jadi juara.. inanaimofficial manager terbaik … transparent & telus.. hadie jawab sebijik macam SS, jujur takde tipu-tipu.. “

” Matured answers… Hadie dia dah lali dgn kecaman. Rezq Allah luas. Hadie dah banyak improvement… At least ada 1 award RM for non winners.. Semua dpt saguhati (yg kalah).. “

” Semoga Hadie terus melangkah jauh lg selepas ini.. hadie best… pasti berjaya.. Dorang tak dapat nak cari reward yg layak utk Hadie sb Hadie adalah ANUGERAH.. “

” Hadie kau dah juara d hati kami. sebab kau bakat yg betul. dlm pertandingan pasti ada. kabel. jgn risau. kami semua nampak bakat suara mu sedap.. “

” Dh menang di hati org luar hadie.. rsanya fyp kat tiktok bnyk hadie yg keluar. X ada pulk yg kecam hadie setakat ni. Hadie juara di hati peminat dan persembhan terbaik di hati semua pemint hadie.. “

” Bagus Hadi positif.. saya love sangat hadie drpd first sampai la sekarang. memang dia improve secara gila2. takpe hadie. awak tetapi juara di hati kami semua. biar la diorg nak cakap apa2 pun. kami sokong awak.. “

” Bdk ni luarbiasa… beradab mcm siti nurhaliza masa 17 dulu.. Positive jer hadie… bgus utk industri ni.. tenang je hadie. suka sikap dia. kuatnya hati dia. semoga hadie selalu sihat dipermudahkan segalanya. tiap minggu hadie dah buat yg terbaik.. “

Jawapan yang sangat matang daripada Hadie dan aura positif yang menyerlah. Tidak mengapa Hadie, mungkin pentas final tiada reward untuk Hadie tetapi Grand Finale siapa tahu Hadie akan bergelar juara. Tuah ayam nampak di kaki, tuah mana tiada siapa yang tahu. Terus berjuang dan buat yang terbaik untuk 2 persembahan akhir nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz, Tiktok Mybuzz, Tiktok Kemboja

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Glad2Glow Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak