Viral
” Masyaallah, cantik lukisan arwah. Tangan berseni.. ” – Komen Netizen

Video hasil lukisan arwah Muhammad Mustaqim (UPSI) raih pujian ramai. Memang cantik sungguh hasil lukisan arwah, nampak macam hidup. Satu kehilangan bakal guru seni yang sangat berbakat..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Irashazlin, perkongsian dua buah video yang memaparkan hasil lukisan arwah Muhammad Mustaqim telah meraih perhatian ramai. Mustaqim merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas bas yang berlaku di Gerik baru-baru ini.
Video yang berdurasi beberapa saat ini mampu memukau mata yang memandang. Betapa cantik lukisan yang dihasilkan oleh arwah Mustaqim. Hasil lukisannya seolah-olah hidup dan sangat cantik. Pelbagai jenis gambar dilukis oleh arwah.
Kebanyakkan gambar yang dilukis lebih kepada lukisan alam yang memaparkan pemandangan indah, bunga-bungaan serta tumbuh-tumbuhan. Hasil lukisan arwah tinggalkan begitu banyak dan ia kini hanya sekadar tinggal kenangan.
Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa hari yang lalu. Bakat seni yang ada pada arwah Mustaqim tidak sempat diturunkan kepada anak-anak didiknya dan ia kini disimpan sebagai kenangan.
Jom tonton video di bawah :
@ira_shazlin Sebelum ni xpernah tgk pom lukisan arwah ni sppuku . Sejak dia pergi FYP kat tT 😥 comey jugok mu lukis kim😢 #fyppppppppppppppppppppppppppppppppppp #foryoupage #tragedi #upsi #gerikkkk
@ira_shazlin Lukisan2 arwah mustaqim😥 hanya tinggal kenangan 😭 #fyppppppppppppppppppppppppppppppppppp #foryoupage #foryoupage #tragedi #upsi #gerikkkk
Di ruangan komen, ramai yang memuji hasil lukisan arwah Mustaqim. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Comey sgtt lukisan dio, tangan berseni.. Taqiem… pendidikan seni ke? Masyaallah cantik karyanya. Yg pandai seni, blh baca apa yg tersirat. “
” Pandai nya dia ni melukis.. cintanya pada Alam .. Alfatihah buat arwah.. masyaAllah cantik, indah lukisan, semoga begitulah cantik dan indah rumah barunya.. “
” SubhanaAllah, cantiknya hasil seni arwah. Al-Fatihah. masyaAllah cantik lukisan arwah ,seni cukup halus saya dpt rasa lukisan ini apa yg arwah rasa … “
” Rupanya sy ada follow adik Mustaqim ni sbb lukisan2 dia. org yg minat melukis ni selalunya org yg sunyi. dia akan mengisi kesunyian dengan melukis. betui tak bff .. “
” Satu kelas dengan saya.Arwah amik jurusan Rekabentuk Animasi.Dia plan nak amik pendidikan seni,tapi sebab kene reject, dia amik animation dulu lepastu Sambung DPLI.. “
” Hajat arwah tak kesampaian.Masa first kelas kt UPSI,arwah la org pertama tegur saya dulu.sbb asal Dari negeri sama.Saya saksi di akhirat Arwah seorang yang baik.Selalu gi masjid.. “
” Ptt lah masa diorang kirim brg arwah2 ni kembali ke fmly sy nmpk ada brg2 seni kt ctu rupanya slh sorang dr mereka ni majoring in fine art ya… kami kehilangan junior dan bakal ckgu psv yg sngt berbakat .. “
Sememangnya cukup cantik dan memukau hasil lukisan arwah. Satu kehilangan yang cukup besar kerana arwah sangat berbakat dalam bidang seni. Semoga roh arwah Muhammad Mustaqim ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Irashazlin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral2 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral21 hours ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral15 hours ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ini lah bidadari syurga yang Allah janjikan ahli syurga. Istimewanya Nurly di sisi Allah.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. ” – Komen Netizen