Artis / Selebriti
” Masuk air betul la pengacara ni. Sengsara Chaan, penat weh, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat mencuit hati Kak Lina dan Rina Nose ketika memperkenalkan Hael Husaini sebagai juri di Big Stage Alpha buat warganet terhibur. Berkicap Chaan mencari kod, main nyanyi ikut suka je ni. Habis bertukar rentak lagu, haha..
Rancangan realiti TV, Big Stage Alpha yang dihostkan oleh pengacara terkenal, Kak Lina Pom Pom dan Rina Nose antara rancangan yang dinantikan oleh ramai. Tidak hanya kerana ingin melihat peserta-peserta Big Stage Alpha, telatah kedua-dua host ini yang begitu menghiburkan juga menjadi antara tarikan penonton.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Eiq Aizak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Kak Lina dan Rina memperkenalkan barisan juri. Ketika part Hael Husaini, Kak Lina bertanyakan kepada Hael adakah dia mendengar major problem.
Seperti biasa, Kak Lina akan menyanyi secara spontan dan meminta muzik daripada Chaan yang berada di belakang pentas. Kak Lina menyanyikan lagu popular Nadeera, Bukan Lagi Kita dalam versi rancak dan diakhiri dengan rentak dangdut.

Hael pula begitu sporting melayani sahaja jenaka Kak Lina itu dan mengatakan Kak Lina boleh datang ke studionya untuk merakam lagu tersebut dalam versi dangdut. Rina pula tidak mahu kalah dan Rina mempersembahkan ‘minor problem’ pula. Lagu Nadeera dinyanyikan oleh Rina dalam versi hindustan.
Jom tonton video di bawah :
@eiqaizak Major Problem Kak Lina & Minor problem rina nose.. Problem ke ni? hahaha #bigstage #bigstage2025 #bigstagealpha #rinanose #kaklina @Kakak Lina Pom Poms @Rina Nose Josscy
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebijh 1500 komen daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lina dan Rina pengacara yg paling di sukai.. betul tu sgt terhibur… sakit perut gelak dibuatnye… harap kekal kan dorang.. “
” Belakang skrg mesti tgh serabut cari kod hahaha.. sekejap sekejap lain kod.. kak Lina dn Rina jarang x menghiburkan.. d dangdutkan terus.. “
” Sedap betul suara kak lina.. chaan kalo dengan kepom x pernah x jadi sentiasa onz je walaupun gelabah berganda2 kt belakang tu.. “
” Masuk air dua² ni.. terus didangdutkan.. yg huru hara band blkng tu.. dua ketoi nie kaan….adoii laaaa.. dua ketoi nie kaan.. “
” Macam opera suda bunyinya.. Masuk air betul la pengacara ni.. sengsara chaan.. penat wehh dgn dorang 3 ketul nie..tapi major problem mmg 2 ketul tu laa.. “
” Aduiii krem perut haha.. geng masuk air.. hael sporting.. best r heal ni..sporting walaupon selalu kena bahan ngan kak lina pompom.. “
” Confirm kelam kabut Chaan dekat belakang. Kak Lina dgn Rina memang major problem betul. mau rabak cari key asyik tukar tukar ni haha.. “
Macam-macam hal Kak Lina dan Rina, ini memang betul-betul major problem. Terhibur semua juri dengan telatah Kak Lina dan Rina. Sempat juga Kak Lina menyakat Hael dengan menyebut nama Dayang. Bertabah lah Hael kerana sering menjadi bahan usikan Kak Lina, yang penting Hael enjoy.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eiq Aizak, Tiktok qasehlaila83
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

